Selasa, 11 Disember 2012

FARDHU HAJI SEKALI SEUMUR HIDUP


Jamil Rayu Beri Peluang Yang Belum

"Kewajipan kita sebagai umat Islam hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia menjadi sunat, sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak," - Datuk Jamil Khir, Menteri Jabatan Perdana Menteri.

BARU sekarang tahu ke.. sama ada dari segi hukum mahupun rekod? Jamil.., Jamil..Apakah Lembaga Tabung Haji (LTH) tidak ada rekod terhadap mereka yang telah mengerjakan haji menerusi agensi itu?  sumber berita di sini.
            Tidak payah pergi jauh Datuk Jamil, pada musim haji yang baru lepas juga didapati masih meluluskan ramai kalangan mereka yang sudah menunaikan haji menyebabkan ramai kalangan yang belum pernah menunaikan rukun kelima itu berasa amat keciwa. Yang mahu menunaikan kewajipan dipinggir manakala yang mahu bersunat-sunat didahulukan.
            Datuk Jamil, yang wajib tetap wajib manakala yang sunat tetap sunat. Apa-apapun, yang wajib hendaklah diberi keutamaan. LTH tidak perlu merayu-rayu kepada pendeposit terhadap isu ini. LTH sendiri wajar dan berhak membuat keputusan tersebut tanpa bertimbang-timbang kerana isunya adalah jelas dan terang.
            Jangan salahkan pemohon. Yang bermohon berharap kalau-kalau ada kosong. Maklum sesetengah mereka memang banyak duit. Bak kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ikhya Ulumiddin antara lain katanya suatu masa nanti akan ada orang menunaikan haji itu bukan atas sebab wajibnya haji itu malah perginya mereka itu disebabkan hartanya.



Jagindas: Ada seorang kenalan kata dia hendak pergi haji kali kedua sebab merasakan haji yang pertama dulu kurang elok pengerjaannya. Aduh! hukum mana dia pakai ni? 

APABILA WAKIL RAKYAT SIBUK MENGHITUNG NASIB

GAMBAR HIASAN: Warung di kampung

Tiada Masa Bertemu Rakyat Jelata

MULAI sekarang sehinggalah menjelang piliharaya umum (PRU13) nanti, cerita-cerita pilihanraya memang mendapat tempat di kalangan rakyat terutama mereka yang berhak mengundi. Lebih-lebih lagi bagi pengundi yang kali pertama akan merasai berdiri di kotak mengundi.
            Macam-macam cerita. Panas, sejuk, seronok malah ada juga khabar-khabar menakutkan. Di satu pihak bila ditanya akan menjawab: entahlah, masih lagi one step behind. Di pihak lain pula akan berkata: o.., no problem, success! .
            Tak apalah, yang penting rakyat telah diberitahu dan biarlah mereka memikir dan membuat pilihan yang tepat apabila tiba masanya. Cuma nak ingatkan juga: Jangan perjudikan masa depan anak cucu dengan menjadikan pilihanraya sebagai ruang eksperimentasi.

Isnin, 10 Disember 2012

SAMPAI BILA BERMAIN WAYANG


Pagi Di Serbu, Petang Operasi Semula

MASALAH JUDI DAN MAKSIAT bukan sahaja semacam sukar untuk dinyahkan malah dilihat semakin menjadi-jadi berkembang biak. Dari bandar ke pinggir bandar dan dari pinggir bandar masuk ke pekan-pekan kecil lantas meresap ke desa-desa.
            Antara lain kesan maksiat perjudian ini terhadap penduduk sejagat adalah semakin kerap berlaku kes-kes kecurian, samun dan pecah rumah. Penduduk sudah jenuh bercakap, merungut malah ada yang sudah bersuara lantang kepada pihak berkuasa namun masih juga seperti itu keadaannya. Tapi dalam perhimpuna agung umno 2012 (PAU2012) baru-baru  ini tiada siapa yang menyentuh hal tersebut sebab semua dah nampak pilihanraya sahaja!
            Soalan yang yang biasa kita dengar adalah, mengapa jadi begitu? Dan, jawapan yang biasa juga kita dapati adalah orang ramai perlu berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi membanteras jenayah seperti itu.
            Pagi tadi, sambil minum di warung, penulis memasang telinga kepada sekawan pelanggan yang sedang marah benar terhadap kegiatan mesin judi haram yang mereka dakwa semakin berkembang di kawasan mereka. Penulis berminat mendengarnya sebab kes ini seakan sama dengan tempat penulis tinggal.
            Menurut mereka, kalau waktu pagi polis buat serbuan, tetapi pada sebelah petangnya peremis judi berkenaan beroperasi semula!

Sabtu, 8 Disember 2012

JANGAN BERPALING LAGI....


Bulatkan Tekad Kepada BN



INGATAN Datuk Seri Najib kepada semua pengundi yang akan membuang undi pada PRU13 nanti:

"Bahawa, satu undi yang diberikan kepada PAS bermakna rakyat menempah kepada perpecahan umat, jika satu undi disumbang kepada PKR maksudnya rakyat merelakan kepada perjuangan yang bersifat kepentingan peribadi manakala apabila satu undi diberikan kepada DAP,  ibarat rakyat menempah masa depan yang tidak menentu.!"

JUSTERU, UNDILAH BN - Demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia, InsyaAllah.

Bagi penulis tiada komen. Betullah tu. Nak apa lagi, ha?


Jagindas: Yesssssssss!     (nak dengar lagu, klik di sini)