Jumaat, 14 Disember 2012

APA PUNYA HATI PERUT LAA.. JANTAN NI

Anjing kurap!

Anjing Kurap Pun Orang Tak Layan Macam itu

INILAH yang dikatakan syaitan bersifat!  ceritanya klik di sini dan di sini
            Bagi kes macam ini, agaknya boleh ke tidak satu undang-undang digubal, selain pelaku berkenaan dipenjara (jika sabit kesalahan), syaitan itu juga didera dengan sepuluh kali ganda daripada apa yang dibuatnya  ke atas mangsa (budak) itu.
            Kepada mereka yang suka sebut perkataan ZALIM (contohnya, kerajaan zalim dan sebagainya), kalau nak tahu zalim tu macam mana, tengok le klip video kes ini ye (cari sendiri la, tak pasai penulis nak link kat sini). Kemudian bandingkan apakah anda di begitukan selama ini?  Errrmmmm..!


Jagindas: baru terlanggar anak kucing, tiga hari terbayang-bayang kesedihan...

Khamis, 13 Disember 2012

KEMPUNAN KE FINAL BUKAN BERERTI TAK PANDAI MAIN

Sabo yop... Jangan susah hati

Harimau Malaya Tetap Jantan Sejati

APA LAGI alasan yang akan diberikan oleh Datuk Raja Gopal apabila Harimau Malaya kempunan untuk mara ke final setelah tersungkur di kaki pasukan Thailand malam tadi bagi merebut piala AFF Suzuki 2012 musim ini.
            Apakah disebabkan pasukan kita dilayan bagai 'kelas  tiga' apabila Thailand memberikan kita berlatih di padang yang dikatakan becak dan memalukan? Kalau itulah sebabnya memang lemahlah harimau jantan kita melawan tekanan psikologi pihak lawan yang juga tuan rumah. Harap-harap ini tidak disebut sebagai alasan. Macamlah di Kuala Lumpur kita tak pernah berlatih langsung, kan?
            Lagi apa? Najib dan Rosmah tak ada di sana? Isyyyy..., takkanlah sampai begitu sekali Najib nak korbankan masanya!
            Penjaga gol tidak ngam? Pertahanan tidak kemas? Tiada kerjasama seimbang antara pemain-pemain? Biarlah apapun andainnya, hanya Raja Gopal sahaja yang tahu jawapan setepatnya.
            Apapun, penulis tetap ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain termsuk Raja Gopal kerana anda semua dengan jelas sudahpun mempamerkan usaha yang gigih sebelum pertembungan malam tadi.
            Bagi penulis, inilah yang dikatakan nasib atau untung sabut dan batu setelah semua usaha kita lakukan dengan sebaik-baiknya. Jangan patah hati. Hari ini hari mereka esok-esok hari kita pula. Adatlah dalam sesuatu perlawanan. Kalah, menang atau seri. Itulah kemungkinan-kemungkinannya.
            Jangan sesekali menyalahkan orang lain. Apa-apapun kita pertanggung jawabkanlah apa sahaja keputusan sebentar tadi atas bahu kita. Sebab, semakin banyak kita mengelak akan bertambah banyaklah tohmahan dan suara-suara sumbang yang akan menerjah kita balik. Ayat-ayat panah halilintar pasti menusuk dada. !
            Bagi penulis, anda sebenarnya pasukan terbaik di Asia. Syabas sekali lagi.


Jagindas: Ada unsur-unsur bomoh siam perut hijau ke...? hehehehe. Eh, khabarnya Datuk K suami Datuk Siti Nurhaliza kemalangan di New Zealand, errmmmm...
            

TAK PERLU LAGI SUSAH PAYAH

"BARANG BAIK" .. Gantang 
diperbuat drpd kayu 
dipercayai berusia lebih 200 tahun..

Bomoh Tarik Duit Sedia Beri Khidmat

FAKTA POLIS,  sehingga ini merekodkan berbelas juta ringgit kerugian terkumpul dialami rakyat Malaysia akibat di kong kali kong oleh bomoh-bomoh palsu antaranya adalah berpunca daripada kerakusan sendiri kerana ingin menjadi kaya raya walaupun sudah kaya. Dengan kata lain, mereka terbabit bukan sahaja mahu jadi kaya raya secara mudah tetapi juga kalah dengan tuntutan hawa nafsu yang menggila. Orang kaya pun adakalanya menjadi bengong dek kerakusan nafsu sendiri! news break di sini.
            Ada yang percaya sial di badan menjadi pelbagai punca kecelakaan sehingga sanggup meyembah bomoh dengan membawa beratus ribu ringgit untuk membuangkan celaka malah tidak kurang juga ada yang terkena sampuk sehingga menyerahkan tubuh yang gebu kepada bomoh.
            Bomoh, dukun, pawang dan tabib adalah antara sebutan yang biasa diberikan kepada pengamal perubatan secara tradisonal. Namun pada perhalusannya, antara keempat-empat sebutan itu sebenarnya tidaklah sama maksud dari segi cara pengamal tersebut mengendalikannya.

DROPPED CALLS dan TAK ADA SIGNAL


Mainan Wayang Syarikat Telekomunikasi

SETELAH sekian lama pengguna menderita dengan masalah dropped calls bagi talian telefon mudah alih, sekarang barulah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersuara. Itupun setelah ada pihak yang menjerit!             
            Pun begitu, masih lagi dengan memberi AMARAN. Harap-harap "amaran' ini bukan jangkitan daripada satu pihak yang sedikit masa dulu cukup suka buat amaran, amaran, amaran tak sudah-sudah. breaking news di sini.
            Demikian juga dengan signal internet yang menggunakan sistem broadband mobile. Kalau kita tengok iklan di media-media semuanya macam bagus-bagus tetapi realitinya...?, Alamakkkk ai.., hampeh! Hampeh! Tau tak hampeh tu apa? Dekat-dekat macam najis lahhh..
            Sekitar tahun 1995/96 ketika Datuk Seri Samy Vellu menjadi menteri tenaga dan telekomunkasi, di mana ketika itu penulis masih sebagai pemberita, Samy pernah menegaskan bahawa semua sistem talian telekomunikasi di negara ini akan selesai sepenuhnya sebelum tahun 2000. Penyelesaian ini termasuk perayauan ke semua pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.
            Kalau hendak diikutkan kata Samy ketika itu, liputan perayauan itu juga meliputi kawasan hutan belantara, bukit-bukau dan gunung-ganang apatah lagilah di kampung-kampung malah sehingga di celah-celah gunung pun boleh menerima signal, katanya. Wah, hebat kan? Apa sudah jadi selepas 12 tahun daripada tarikh yang dijanjikannya? Janjinya itu adalah janji kerajaan sebab dia bercakap atas nama menteri ketika itu.
            Teringat pulak, ketika beliau bercakap kepada pemberita, masa itu seluruh negara sedang hebat dengan aktiviti serta program kempen menjelang pilihanraya 1995. Macam sekarang juga, semua pihak yang berkaitan masing-masing memperakui kekuatan masing-masing termasuklah SKMM. Amaran!
            Kepada mereka terbabit, jangan macam tu... Boleh, katalah boleh. Jangan tak boleh dikata boleh. Apakah pihak berkenaan ada memasang dendam kerana kerajaan membantah ura-ura syarikat telekomunikasi mahu menaikan caj beberapa tahun lalu? Janganlah tak dapat tanduk telinga dipulas!
            Seperti yang disergah oleh beberapa pihak, buatlah kerja dengan ikhlas dan jujur . Jangan bongkak dan sombong. Dalam bisnis, apatah lagi dari sudut Islam, bukan sekadar mencari untung sahaja. Itu pelahap namanya. Dalam bisnis kecekapan perkhidmatan dan perolehan laba hendaklah seimbang. Maknanya, menang - menang. Bukan you all tidak tahu hal inipun! Saja-saja buat-buat nohen (bahasa orang Perak)
           

Jagindas: Masanya sekarang menelan janji


kamus jagindas: nohen -- buat-buat tak tahu, selamba, keadaan macam tak ada apa-apa (konon lawak orang Perak kata-kata ini datangnya daripada bahasa inggeris "no hint" dijadikan sebutannya nohen, hahahahaha...