Sabtu, 15 Disember 2012

BENARKAH SUSHI DI AEON TIDAK HALAL?


Elak 食べる (Taberu) Sushi, Jika Was-Was

PUSAT membeli belah terkemuka AEON telah membuka cawangan ke tiganya di Perak bertempat di Bandar Seri Manjong. Gedung yang menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 1,000 orang itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kader pada 8 Disember lalu.
            Penulis sempat berkunjung ke gedung itu baru-baru ini menyifatkan ia sebagai gedung membeli belah bertaraf mewah dan sememangnya boleh dibanggakan oleh rakyat Perak khususnya penduduk di Daerah Manjung dan kawasan sekitarnya. Ia juga menyediakan lebih 2,000 lot tempat kereta berbayar termasuk di atas bumbung.
            Malangnya, ada sesuatu yang penulis rasa tidak sedap hati apabila terdapat khabar-khabar angin mengatakan bahawa makanan resepi Jepun, "sushi", yang terjual di situ didakwa 'TIDAK HALAL". 
            Namun, penulis tidak diberitahu dari sudut manakah unsur-unsur penyebabnya sehingga dakwaan itu dibuat. Justeru, penulis berharap pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat dakwaan ini dan segera memaklumkan kepada semua pengguna Islam akan status makanan itu di situ.
            Seperkara lagi, ada kemungkinan juga sushi-sushi yang dijual di cawangan-cawangan AEON yang lain bahkan barangkali juga di mana-mana pusat jualan yang meniagakan makanan itu di seluruh negara perlu di semak semula bagi memastikan kesahihan kehalalannya.
            Sejajar itu juga adalah disarankan supaya pihak terbabit khususnya JAKIM supaya kerap membuat semakan mengejut (tanpa jadual) ke semua dagangan makanan yang diisytiharkan halal oleh pemiliknya bagi memastikan ia sebenar-benarnya adalah HALAL walaupun selepas diberikan sijil halal.
            Dalam  pada itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir, memaklumkan JAKIM kini bakal memiliki makmalnya sendiri yang bertaraf dunia bagi menguruskan hal-hal berkaitan halal dan kehalalan  di sini.


Jagindas: Apabila berasa was-was terhadap sesuatu makanan maka eloklah diabaikan sahaja kerana ia lebih menghampiri kepada haram - wallahhuallan.

DARI ZED KE JUPE LANTAS KE BJ HABIBIE

PATI Hiburan Perlekeh Karya kita




MEMBACA perang maya antara Presiden Persatuan Seniman Malaysia (PSM), Zed Zaidi dengan pelakon sexy Indonesia, Julia Perez (Jupe), menarik perhatian penulis terhadap beberapa perkara berkaitan dengan dunia perfileman kita termasuk produk sinetron atau drama-drama keluaran anak tempatan. Kisahnya klik di sini
            Pertama: Isu pelakon datangan haram atau pendatang tanpa izin (pati) hiburan (istilah penulis sendiri) yang begitu senang mencari makan di sini yang kononnya diberi layanan kelas pertama dengan bayaran yang lumayan.
            Penulis ucapkan syabas kepada Zed selaku Prsiden Persatuan Seniman Malaysia (PSM) yang sensitif terhadap isu seperti ini demi menjaga martabat anak seni tempatan dan dunia seni negara serta marwah negara berdasarkan kehadiran mereka itu melanggar peradapan negara dari sudut mencari rezeki.

Jumaat, 14 Disember 2012

TUNAIKAN ZAKAT APABILA CUKUP HAULNYA


Pahala Wakaf Berterusan Sampai Bila-Bila...

HARI INI penulis bersembahyang Jumaat di salah sebuah masjid di Johor. Tajuk khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah mengenai tuntutan bersedekah. Khatib menjelaskan panjang lebar akan tuntutan dan hukum-hukum serta manfaat-manfaat berkaitan sedekah sunat, sedekah yang dituntut seperti wakaf serta sedekah wajib iaitu zakat.
            Menyentuh tentang zakat, penulis teringat tidak beberapa lama lagi pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengisytiharkan dividen dan bonus bagi pelabur-pelabur saham amanah iaitu Amanah Saham Berhad (ASB).
            Seperti yang pelabur maklum, pelaburan dalam ASB tidak seperti penabungan dalam Lembaga Tabung Haji (LTH) dimana zakat penabung telah diuruskan oleh pihak LTH tetapi tidak bagi ASB.
            Oleh itu, penulis sekadar mengingatkan setelah pelabur-pelabur ASB (bumiputera Islam) mengemaskini buku pelaburan masing-masing pada Januari 2013 nanti, jangan lupa kira-kirakanlah zakat yang sewajibnya ditunaikan atas simpanan itu.
            Ingat, satu daripada peranan zakat yang diwajibkan oleh Allah swt  itu adalah bagi membersihkan harta kita. Justeru, tunaikan zakat saudara-saudara, InsyaAllah mendapat keberkatan yang berpanjangan.


Jagindas: Dok cari buku pelaburan hilang entah ke mana...

MELUNCUR DARI UTARA KE JOHOR


Serasa Macam Sentiasa Diikuti Kamera

BUKAN saja-saja bercuti. Ada urusan keluarga di sana. Biasalah, musim cuti sebegini  selalunya sambil menyelam miunum air. Boleh bawak anak-anak sekali. Habis tu, nak kemana lagi...? Johor pun jadilah. Entah sempat entah tidak ziarah "lego Land".
            Namun sepanjang perjalanan dari Tapah ke selatan tentunya menempuh selangor, KualaLumpur, Seremban, Melaka, Tangkak kemudian barulah sampai ke Parit Botak setelah menyusur keluar Air Hitam. Macam-macam pembangunan dalam negara yang dapat dilihat.
            Kira-kira sepuluh tahun lalu, bila penulis balik ke Johor  melalui Lebuhraya  Utara-Selatan (plus), pada laluan-laluan tertentu setelah diagak-agak "selamat" penulis akan pecut sehingga cecah 150/160 km sejam. Maklumlah, kereta penulis hanya mampu setakat itu sahaja.     
            Bukan apa, kalau bawak steady 110-118km/j terasa cepat mengantuk. Itu kereta penulis. Orang lain, apatah lagi yang guna plat Simgapura dan diplomatik dan mereka yang pakai kereka mewah lajunya macam kilat.