Ahad, 16 Disember 2012

TOK HIM DIDAKWA RASIS DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI

TOK HIM

Gerakan Juga Patut Malu Kepada Diri Sendiri..

TOK HIM, buatlah apa yang patut. Dah banyak sudah yang terlepas dan dilepaskan ni... baca sergahan Gerakan kepada Tok Him di sini.


Jagindas: Pagi nanti InsyaAllah akan meluncur ke Perak. Mudah-mudahan selamat sampai. Mudah-mudahan kamera AES dan kamera polis malas beroperasi sepanjang perjalanan penulis nanti. Kalau kena saman juga.. hanya nyanyian saja penghibur lara..klik di sini.

UMNO, BN TIDAK AKAN DIMALUKAN

ANWAR BRAHIM

Jika PR Dikabulkan Tawan Putrajaya

Di samping mengekalkan dan menambaik kemudahan sedia ada kepada rakyat, Anwar Ibrahim yang bercakap atas tiket Parti Pakatan Rakyat (PR) turut menjajikan akan mengurangkan pelbagai keperitan yang ditanggung rakyat sekarang seperti menurunkan harga minyak, sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya menerusi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) nanti. Katanya di sini
             Kata Ketua Pembabngkang itu, beliau akan melaksanakan janji tersebut sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Malah, beliau berkata kerajaan di bawah pimpinannya juga nanti akan melayan orang-orang Umno dan kerabat-kerabat sekutunya dengan baik.
            "Pakatan Rakyat tidak pernah sama sekali untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti", katanya.
            Sumpah keramat itu dilafazkan Anwar ketika berucap di satu perhimpunan di Terengganu semalam.

Sabtu, 15 Disember 2012

10K DARIPADA 274K PESALAH BAYAR SAMAN


JPJ Dijangka Kutip Lebih RM82j

SETAKAT ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai berjaya mengutip lebih RM3 juta saman yang dibayar oleh 10,000 pesalah jalanraya berkaitan saman AES. Namun jumlah sbenar yang sepatutnya dipungut oleh jabatan itu adalah lebih RM82 juta berikutan saman yang dikeluarkan setakat ini adalah melebihi 274,000 semuanya.
Sumber berita di sini
            Sehubungan itu, penulis menyeru pengguna jalanraya supaya terus mengurangkan jumlah kutipan ini dengan bersama-sama mematuhi peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
            Ramai yang memprotes pemasangan kamera AES atas pelbagai alasan dan sebab antaranya mendakwa berlaku kesesakan jalanraya berikutan kenderaan bergerak perlahan meskipun dalam keadaan cuaca dan suasana di atas jalanraya yang tidak sibuk. Sekali gus pengguna mendakwa matlamat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya bertukar kepada "menyiksa" pengguna khususnya pemandu kenderaan.
            "Baru-baru ini saya kena bayar dua saman  yang dikenakan pada hari yang sama. Satu saman kamera polis dan satu lagi saman kamera AES, "
            "Ia adalah pengalaman yang menyakitkan dan saya insaf untuk memandu laju lagi. Namun, siksa kedua adalah pemanduan yang menjemukan apabila terpaksa memandu di bawah 120km/j untuk perjalanan dari Johor baharu ke Kuala Lumpur,"  kata seorang pemandu di Johor.
            Apapun, bagi penulis rakyat khususnya pemandu tidak perlu lagi menyatakan bantahan seperti itu setelah pelbagai usaha dibuat sebelum ini gagal mempengaruhi keputusan kerajaan. Sebaliknya, rakyat sewajarnya menerima seadanya keputusan tersebut sehingga ia telah benar-benar terbukti menyusahkan rakyat dan pengguna.
            Lazimnya, sebagai sebuah kerajaan yang berhati perutkan rakyat, kerajaan akan mengkaji semula atau mengambilkan langkah-langkah perlu apabila sesuatu program, peraturan atau projek itu telah didapati jelas menyusahkan rakyat. Ini amat jelas dipraktiskan oleh kerajaan di bawah prinsip kepimpinan Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Matlamat di Utamakan.


Jagindas: Cadangkan supaya had laju di jalan negeri 100km/j dan di lebuhraya 130km/j manakala tiada had laju bawah 90km/j kecuali dalam pekan atau bandar. Pihak berkenaan juga kena ambilkira kecemerlangan prestasi kenderaan-kenderaan hari ini termasuk kereta buatan Malaysia.

MUSA.. O.. MUSA

MUSA HASAN

Nikmatilah Persaraan Dengan Tenang

APAHAL pula dengan mantan Ketua Polis Negara ini, Tan Sri Musa Hasan? kisah terbarunya klik di sini.
            Begini sajalah Tan Sri.., kata kenalan-kenalan penulis, biasanya apabila seseorang itu bersara kebanyakan masyarakat tidak lagi memandang mereka sebelah matapun. Katanya, inilah kebanyakan yang berlaku. Tidak kira sama ada bekas penjawat awam tersebut berpangkat tinggi mahupun tidak berpangkat semasa perkhidmatannya.Tidak tahulah pula kenapa jadi begitu.
            Menurut kenalan itu lagi, melainkan jika selepas bersara pesara berkenaan memegang sesuatu jawatan utama di dalam syarikat-syarikat besar  atau GLC, macam Tan Sri Hanif Omar sekarang dan beberapa yang lain. Pendek kata jika ada 'kedudukan' baru.
            Katakanlah andaian ini benar atau separuh benar, justeru buat apa cari penyakit, Tan Sri. Adalah lebih baik mengawal penyakit yang sedia ada agar ia tidak berkembang memudaratkan badan. Untung-untung kalau diizinkan Allah, sempatlah hidup selesa untuk tempoh 20 atau 30 tahun lagi.