Isnin, 17 Disember 2012

CERITA ORANG MELAYU DARI DULU HINGGA SEKARANG

SANUSI JUNID

Masih Sama. Dan Yang itu, Itulah Juga...

UNTUK paparan jam ini, penulis salin dan tampalkan catatan yang dipetik daripada blog Datuk Seri Sanusi Junid - Bekas Menteri Pertanian Malaysia yang juga pernah menjadi Menteri Besar Kedah suatu masa dulu. Sanusi memang terkenal sebagai ahli pidato yang mampu menampilkan idea-idea bernas serta kata-kata yang berjiwa ilmu. Mendengar ucapannya atau membaca tulisannya perlu ada ketajaman fikiran untuk mendapatkan kesimpulan sepenuhnya daripada kandungan ucapannya itu. Bahkan, lawak Sanusi juga penuh dengan makna, retorik serta sendirin tajam. Teks ini adalah satu daripada catatannya yang turut menarik perhatian penulis:

"GOMEN TIMBANG" BANYAK BAGUT..

Kata apek... INILAH KERAJAAN 'TIMBANG'

Timbang tu Dacing La Kawan..

Cerita perbualan penulis dengan Ah Kong di Seremban semalam:

Dialog asal:

            "Sikalang ha, ini gomen timbang banyak Bagut. Dulu punya manyak teluk. Butut cakap. Sikalang timbang banyak tolong olang. Itu timbang manyak tolong sama melayu, tapi cina india pun dia tolong juga ma..Tapi itu cina ha, cakap pusing-pusing kata gomen mau bengkelap. Lagi cakap mau uni-uni itu wang kasi mau beli itu uni.
            "Hai ya! Manyak cakap. Lu mau angkat, angkat la. Tak mau kalu tak payah angkat ma. Itu uni ha, sapapun tak tau. Lu sukak la. Sendili mahu ingat oo.. Lu pigi sana klinik (dia tunjuk klinik swasta) talak RM50 jangan masuk wo. Sana gomen baru RM1 ubat pun sama. Ini macam talak baik ka?"

Penulis:   apa itu gomen timbang?
Apek:       Lu tak tau ka?  (dia menunjukan isyarat dacing..)
Penulis:   Ooooo...Kerajaan BN la.. Barisan Nasional, la apek..
Apek:      BN? Sekarang baru dengar cakap BN! Cina cakap timbang     

[hahahahahaha..., ini macam punya olang pun ada ooo!]


Susun Bahasa Semula:

Kerajan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah cukup bagus. Sebelum ini memang teruk. Saya cakap betul. BN sekarang banyak menolong rakyat. .. Kerajaan BN memang banyak membantu orang Melayu. Pun begitu, BN juga banyak membantu orang cina dan india. Tapi masih ada orang cina (mungkin dia  rujuk kepada DAP) yang cakap berpusing-pusing menuduh kerajaan BN akan bengkrap. Ada pula yang kata kerajaan bagi duit sebab mahu beli undi (mungkin dia rujuk kepada BR1M).

Ai ya! Cakap banyak pulak. Kalau awak nak ambil, ambillah. Kalau tak mahu, tak payahlah ambil. Masa mengundi nanti siapapun tidak tahu. Suka hati awaklah nak pilih siapa. Tapi, kena fikirlah baik-baik. (Dia menyebut Contoh): Kalau awak pergi ke klinik sana (sambil menunjuk sebuah klinik swasta), kalau tak ada RM50, awak tidak boleh jumpa doktor. Tetapi di klinik kerajaan, baru RM1 kita akan dapat rawatan dan ubat yang sama. Kalau sudah macam ini, kerajan BN tidak baik lagikah?

               Apabila penulis bertanya mengapa DAP masih kata kerajaan tidak betul dan perlu tukar selepas PRU13, apek itu menjawab: DAP memang suka mengelirukan fikiran orang ramai sebab katanya DAP mahu memerintah negara. Itu saja, katanya.


Jagindas: Kalaulah majoriti cina di Malaysia sekarang macam apek yang penulis temui di Seremban semalam, apa-apa PRU pun beres!! 

BAKSO INDONESIA TIDAK HALAL??

SEDAP....Satu daripada spesis BAKSO 

Didakwa Bercampur Daging Babi

SEBELUM ini penulis ada memaparkan bisik-bisik kononya makanan kelahiran Jepun, "sushi",  yang dijual di AEON Bandar Seri Manjong, Perak, dikatakan tidak halal  di sini. Diharapkan pihak berkenaan telah membuat siasatan terhadap kesahihan dakwaan tersebut.
            Manakala, di Indonesia Harian Metro keluaran 15 Disember, 2012 pula menyiarkan berita bahawa makanan tradisional Indonesia khususnya di tanah Jawa iaitu Bakso didakwa rencahannya terdiri daripada daging babi.
            Menurut berita tersebut pengusaha runcit makanan Bakso ditipu oleh pembekal bahan-bahan hidangan tersebut dengan menggunakan daging babi yang dilumur dengan darah lembu bagi mengabui peraihnya. Perbuatan itu dilakukan kerana kononya harga daging lembu semakin mahal berbanding babi berikutan langkah kerajaan Indonesia mengehadkan import daging lembu sebagai menjaga kepentingan penternak tempatan. Baca di sini
            Oleh itu, kepada mereka yang kerap melancong mahupun  melencong ke Indonesia, supaya berhati-hati terhadap sebarang pemakanan di sana.
            Syukurlah, kerajaan Malaysia amat prihatin serta sentiasa menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini di mana penguatkuasaan dan pemantauan berterusan sentiasa dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan makanan halal di negara ini sentiasa terjamin.
            Hendaknya, tidak akan ada, sama ada sekarang mahupun pada masa akan datang usaha-usaha daripada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba-cuba untuk menodai dasar makanan halal di negara ini.
            Justeru, kerja keras daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kes ini amat disanjung dan umat Islam di negara ini seharusnya mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada kerajaan. Setakat ini, makanan yang halal dan tidak halal di negara ini jelas terpamer bagi memudahkan orang-orang Islam menggunakannya.


Jagindas: Memang tidak minat makan bakso...tapi suka 'tembakau jawa'

ISYARAT SUDAH TERANG BENDERANG, NAK APA LAGI...

Masihkah Ada Melayu Percayakan DAP??


DARI ATAS KIRI: Tunku Aziz, Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng


KEPUTUSAN Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP baru-baru ini yang akhirnya memperlihat tiada satu pun orang melayu menganggotai jawatankuasa itu sekali gus membayangkan orang melayu di sisi DAP umpama melukut di tepi gantang. Malah, kedudukan orang melayu yang beria-ia mendokong perjuangan DAP itu samalah ibarat "hidung tak mancung pipi tersorong-tersorong".
            Bertuahlah kalau DAP benar-benar merasa terkilan dengan ketiadaan orang melayu dalam CEC mereka. Bertuahlah kalau DAP khsususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, begitu kesal kerana tiada seorang pun melayu terpacul dalam CEC itu. Bertuahlah kalau DAP benar-benar kasih sayangkan melayu!
            Bagi penulis, keputusan tersebut sememangnya dirangka dan di atur-atur begitu. Penulis dapat merasakan perkara ini akan berlaku sejak Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, tiba-tiba keluar DAP lantas menyanggah perjuangan parti demokrat itu terus-terusan hinggalah sekarang.