Jumaat, 15 Februari 2013

KHALWAT, ZINA, ARAK DAN JUDI

"indahnya saat itu..."

(renungan pagi Jumaat 15 Feb.2013)
Pegawai Penguatkuasa Jangan Main Syok-Syok Tangkap Orang aje...

CERITA di akhbar Harian Metro semalam ini yang memaparkan budak lelaki 13 tahun ditangkap kerana berkhalwat dengan seorang wanita berusia 20-an tidaklah mengejutkan penulis berikutan kehidupan kucar kacir masyarakat Islam hari ini memang terpampang nyata di sini
            Justeru, apa yang menarik perhatian penulis adalah kisah pegawai yang menangkap (di seluruh negara) dan kisah orang ternama (berprofail tinggi) yang ditangkap. Apa yang menariknya?
            Perihal pegawai yang menangkap. Ramai dari kalangan pegawai yang menyerbu dalam satu-satu oprasi bersama jabatan agama dan lain-lain pihak berkuasa adalah terdiri daripada kakitangan awam dan orang biasa yang berdaftar dengan jabatan agama sebagai pegawai pencegah maksiat.

Khamis, 14 Februari 2013

KUSWADINATA TENAT

'Abang Kus'

Sedang Betarung Di Hospital Ampang

PENULIS berdoa semoga seniman Kuswadinata (abang Kus) diberikan kekuatan mengahadapi ujian Allah Taala ketika ini yang diberitakan berada dalam keadaan tenat  di sini
            Namun, bukan sahaja ahli keluarga, penulis percaya semua yang mengenali dan meminati Abang Kus tentunya menaruhkan harapan yang tinggi semoga Allah (swt) memulihkan semula kesihatan beliau seperti sedia kala.
            Mudah-mudahan,... Aminn!

Jagindas:  Kudoakan semoga apapun kesudahannya Abang Kus adalah satu daripada insan yang diredhai oleh Allah (swt)...

NASA DICAMPAK, KARPAL DIPELUK

Strategi Pas Guna Agama Makan Diri

NIK AZIZ (kiri) KELIRU, KARPAL (kanan)  BERKEPALA BATU..
ISU tuntutan penganut agama lain (selain Islam) menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab-kitab dan alatan seruan dakwah mereka yang mendapat kecaman hebat daripada kalangan orang Islam, sesungguhnya memberikan banyak hikmah.
            Namun, seperti biasa biar pun pelbagai hikmah dan pengajaran yang Allah turunkan, tetapi bagi mereka yang degil dan tidak mahu berubah, tidak mahu sedar dan taubat daripada kekhilafan terdahulu, ianya tidak akan menjadi apa-apa.
            Sebenarnya, bagi Pas isu itu turut membuka mata parti itu melihat dengan jelas sikap rakan karibnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Bermula dengan sikap PAS yang semacam menyebelahi rakan karibnya itu kemudian berubah pendirian seiring dengan keputusan majlis fatwa Islam pusat apabila ditegur oleh ahli Majlis Syura Pas.

PENJARA 30 HARI, DENDA RM8,000



Durhaka Kpd. Permaisuri Agong

TERIM KASIH dan syabas kepada pihak berkuasa dan mahkamah kerana cepat menjatuhkan hukuman kepada budak yang tak cukup didik ini. Lim Guan Eng mesti marah tapi nak buat macam mana... di sini


Jagindas:  Selepas ini jangan kasi can lagi...