Rabu, 6 November 2013

AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAIK!

Pastikan Ayam Lapar Sebelum Disembelih

DALAM satu post di muka buku (fb) penulis, seorang rakan fb menurunkan komennya yang antara lain menyatakan jika mahu menyembelih ayam, elakkan daripada memberinya makan terlebih dahulu. Dengan kata lain, jika ditakdirkan ayam itu terlepas ketika dalam genggaman dikhuatiri ia akan melepaskan najisnya sebelum berlepas pergi.
            Komennya itu sebagai mengulas peribahasa yang penulis catatkan: AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI. Komen itu juga mendapat perhatian daripada Tan Sri Nordin Kardi yang menyifatkan satu terjemahan yang baru dan hebat. Langsung dikatakannya, beliau belum pernah membaca atau mendengar satu terjemahan sehebat itu.
            Sebenarnya, apa yang penulis mahu firasatkan menerusi peribahasa itu adalah untuk mengingat bahawa pada hari ini dan kehadapan ayam-ayam (dan haiwan-haiwan lain juga, barangkali) ternakan tidaklah seperti dahulu. Yakni, mudah dipanggil hanya dengan menaburkan beras usang atau padi usang mahupun nasi basi lebihan makan semalam.
            Selain itu, ayam-ayam tersebut bukan sahaja tidak semudah itu memakan makanan berkenaan bahkan sentiasa berhati-hati kerana kemungkinan ia ditangkap untuk disembelih, dijual atau dipindahkan memang besar. Kalaupun ia terus memakan makanan yang ditaburkan itu namun tidaklah semudah itu pula untuk menangkapnya.
            Malah, jika tertangkap pun, ayam-ayam tersebut sudah bersedia untuk melepaskan dirinya dengan apa cara sekalipun. Dan, sebagai balasan nya ia akan meninggalkan hadiah buat si-penangkapnya dengan memberakkan tangan manusia itu sebelum berlepas pergi dalam keadaan yang kenyang atau separa kenyang. Atau juga ia akan terus kembali memakan baki sisa-sisa yang ada kerana ia pasti si-penangkap sudah kecewa..
            Gunakan setiap peluang dan ruang ada demi untuk masa depan diri, keluarga, bangsa dan agama. Itulah yang paling penting untuk dihayati dan jangan nanti setelah tua menderita rakan tolan akan kata: kamu ini bak umpama ayam terlepas tangan bau tahi. Bunyinya macam tak kena, tetapi itulah hakikat dan realiti. Pastikan itu bukan kita! 

JagindasWalaupun ayam itu haiwan, namun perkembangan teknologi moden turut mengembangkan minda dikalangan haiwan-haiwan di bumi terutama jenis haiwan yang dibela....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.