Pas Terus Kedepan Membelasah
Sekutunya
![]() |
| "SIAPA KARPAL SINGH?" .... Harun Taib (tengah) |
TERLIHAT JELAS, doa-doa umat Islam yang
memohon supaya Allah Taala menunjukkan kebenaran dan tafik serta hidayahnya ke
atas pemimpin-pemimpin Islam di negara ini berikutan pelbagai konflik dan
pertelingkahan yang berlaku akibat daripada pihak yang tidak bertanggung jawab
memainkan isu kalimah Allah baru-baru ini dikabulkan. Tidak kurang juga isu
amat Haji Hadi Awang turut menggelisahkan umat Islam di negara ini.
Dengan
pusingan 'U' yang dibuat oleh Pas apabila Majlis Syura-nya membuat ketetapan
bahawa kalimah Allah hanya diperuntukkan kepada orang Islam dan terus
mempertahankan kedudukan serta martabat kalimah itu, nyata memperlihatkan
hubungan Pas dengan DAP ibarat retak menunggu belah. Manakala boleh dikatakan
keseluruhan umat Islam di negara ini tanpa mengira parti terus berdoa agar PAS
keluar daripada jemaah pakatan DAP juga PKR.
Keikhlasan
umat Islam dalam isu ini amat jelas dan telus. Barangkali atas keikhlasan dan
ketelusan itulah makanya Allah (swt) memberikan pelbagai petunjuk dari masa ke
semasa yang akhirnya pemimpin PAS bertaut rapat menyergah Karpal Singh. Meski
pun ramai yang berharap agar PAS menyatu dengan Umno, namun bukanlah itu hasrat
besarnya. PAS boleh meneruskan perjuangan mereka secara bersendirian kalau dia
mahu dan pada masa sama, jika mereka berhasrat mahu menyekutui Umno tentulah
kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.


.jpg)

