Selasa, 19 Februari 2013

TERMAKBULNYA DOA ORANG-ORANG ISLAM (?)

Pas Terus Kedepan Membelasah Sekutunya
"SIAPA KARPAL SINGH?" .... Harun Taib (tengah)

TERLIHAT JELAS, doa-doa umat Islam yang memohon supaya Allah Taala menunjukkan kebenaran dan tafik serta hidayahnya ke atas pemimpin-pemimpin Islam di negara ini berikutan pelbagai konflik dan pertelingkahan yang berlaku akibat daripada pihak yang tidak bertanggung jawab memainkan isu kalimah Allah baru-baru ini dikabulkan. Tidak kurang juga isu amat Haji Hadi Awang turut menggelisahkan umat Islam di negara ini.
            Dengan pusingan 'U' yang dibuat oleh Pas apabila Majlis Syura-nya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah hanya diperuntukkan kepada orang Islam dan terus mempertahankan kedudukan serta martabat kalimah itu, nyata memperlihatkan hubungan Pas dengan DAP ibarat retak menunggu belah. Manakala boleh dikatakan keseluruhan umat Islam di negara ini tanpa mengira parti terus berdoa agar PAS keluar daripada jemaah pakatan DAP juga PKR.
            Keikhlasan umat Islam dalam isu ini amat jelas dan telus. Barangkali atas keikhlasan dan ketelusan itulah makanya Allah (swt) memberikan pelbagai petunjuk dari masa ke semasa yang akhirnya pemimpin PAS bertaut rapat menyergah Karpal Singh. Meski pun ramai yang berharap agar PAS menyatu dengan Umno, namun bukanlah itu hasrat besarnya. PAS boleh meneruskan perjuangan mereka secara bersendirian kalau dia mahu dan pada masa sama, jika mereka berhasrat mahu menyekutui Umno tentulah kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.

BUKAN JANJI KOSNG

Orang Bujang Mula Terima BR1M 2.0




INILAH buktinya kerajaan tidak membuat janji kosong kepada rakyatnya. Inilah antara buktinya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Dan inilah buktinya juga negara sudah bersedia berkongsi rezeki (kekayaan) dengan setiap lapisan rakyat.
            Dan, sebagai orang timur ingatlah adat kita yang halus lagi murni: Orang Berbudi, Kita Berbahasa... Demikianlah juga bila rakyat memberi undi kepada calonnya, maka calon pula ingat-ingatlah budi rakyat kepadanya bila menang nanti.


Jagindas: Justeru, undilah kepada mereka yang mampu mengenang budi kita - sesungguhnya antara rakyat dan kerajaan kita saling berbudi dan saling berbahasa!

Isnin, 18 Februari 2013

PENGARUHI PENDEPOSIT: INSTITUSI KEWANGAN MULA TUNJUK KUAT

Bank Rakyat, PNB dan LTH

Tetapi Taklah Seberapa Sangat..

SEJAK pertengahan tahun 2012 sesuatu yang nampak ketara bagaikan dienjut-enjut adalah penguman kadar dividen yang tinggi bagi saham-saham amanah (ASB), bonus Lembaga Tabung Haji (LTH) dan terbaru dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Koperasi Tentera (LTAT). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mengikut jejak yang sama di mana semalam ia mengumumkan kadar keuntungan sebanyak 6.15%.
            Kebetulan pula tahun ini pilihanraya umum (PRU13) akan berlangsung. Dengan pengumuman ini tentulah antara lain bermaksud menggambarkan keadaan ekonomi negara bertambah baik sehingga insutitusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga, kemampuan kerajaan melaksanakan pelbagai sumbangan kepada rakyat seperti BR1M dan banyak lagi.
            Tahniah kepada kerajaan dan badan pengurusan institusi kewangan yang lain jika benar itulah hakikatnya. Maksudnya bukan sahaja diberi-beri untuk ambil hati rakyat lebih-lebih lagi pendeposit supaya mereka bertambah yakin dengan kerajaan sedia ada.

AKANKAH TERCAPAI - SATU BANGSA, SATU BAHASA, SATU NEGARA!

Sebab: Selepas 55 Tahun Berlalu, Kini Masih Gagal

Antara Negarawan terawal yang mengimpikan
"SATU BANGSA, SATU BAHASA, SATU NEGARA"
(Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lok, Tun VT Sambanthan)

HASRAT orang melayu untuk melihat realisasi semangat Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara menerusi pemantapan sistem pendidikan negara nampaknya tidak akan berhasil.  Mimpi tinggal mimpi! Terasa agak sedih juga kerana setelah lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, hanya orang melayu sahaja yang bermimpikan peristiwa itu terjadi namun pihak lain sedikit pun tidak pernah mengimpkannya.
            Alasan remeh yang diberikan hanya kerana khuatir jika sistem pendidikan dilaksanakan dalam satu asnaf, nanti akan melenyapkan budaya dan identiti kaum masing-masing. Padahal, ia tidak sama sekali menutup penyebaran dan pelestarian budaya etnik masing-masing asalkan agama Islam tidak dicerobohi. Namun, apa yang kita dapat? Hasrat baik kita di 'olok-olok' mereka manakala agama kita pula cuba-cuba dikhiantinya (penulis memerujuk isu penggunaan kalimah Allah).
            Pemimpin-pemimpin suku kaum amat pasti dan memahami susur galur hasrat murni ini. Namun, apabila kerajaan baru membuka mulut memperkatannya, mereka semacam tuli dan langsung tidak faham apa yang kerajaan cakap! Senang cakapnya, tak faham bahasalah!