Khamis, 12 Julai 2012

AKHIR SEBUAH IMPIAN....


Apa Punya Bangang Laaa
RAUT wajah Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Ingat dialog sebuah filem P Ramlee: Kecik-kecik tak nak mampus, dah tua-tua menyusahkan orang!    [cerita lanjut di sini].



Jagindas:   Bikin malu anak negeri  (pinjam dialog Ahmad Nisfu)


NAK KUASA AUTONOMI SEKOLAH?

KPM Tak Perlu Layan
Hasrat Pengetua & Guru Besar


Muhyiddin... KPM diharapkan tidak
tersilap langkah dengan isu autonomi

KESATUAN  Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) baru baru ini ada mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kuasa autonomi kepada pengetua dan guru besar untuk mengurus sekolah masing-masing.
            KGGMMB berpendapat langkah itu bertujuan memberi peluang kepada pengetua dan guru besar, lebih bebas mengurus sekolah masing-masing mengikut landsakap dan keperluan sekolah yang mereka tadbir termasuk yang berkaitan dengan kewangan dan penyenggaraan.
            Sementara itu, reaksi daripada pelbagai pihak hanya meminta KPM lebih berhati-hati sebelum melaksanakan program autonomi tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kepada banyak sekolah berikutan persepsi, kefahaman serta sikap pengetua dan guru besar yang tidak sama.
            Bagi saya, KPM tak perlu layan cadangan mahupun permintaan itu. KPM tidak perlu buang masa untuk memikir dan menimbang masalah tersebut. Bukan semua permintaan dan cadangan daripada kesatuan guru-guru ini bernas dan boleh membantu.
            Pengetua dan guru besar di negara ini masih belum sampai tahapnya untuk mengurus sekolah secara autonomi. Masih banyak kalangan mereka yang tidak pernah membaca pekeliling dengan sempurna malah ada juga yang tidak memahami maksud-maksud terkandung dalam pekeliling-pekeliling iktisas dan kewangan.
            Mereka juga masih ada yang kabur dengan dasar-dasar serta program baru KPM berikutan ramai kalangan mereka yang bertindak mengharapkan orang bawah dan pembantu pejabat yang menguruskan masalah tersebut. Malah dalam banyak hal, ramai pengetua dan guru besar yang "dibodohkan" oleh pegawai-pegawai bawahannya.
            Justeru, hal-hal semasa yang berkaitan dengan masalah pembangunan  dan transformasi pendidikan masa kini pun masih belum selesai dan jelas dalam minda guru-guru khususnya pengetua dan guru besar, maka adalah diharapkan KPM tidak melayan cadangan tersebut kerana ia akan menambah kekalutan dalam sistem pendidikan negara nanti.
            Kefahaman yang berbagai tetapi tidak menepati sasaran dan dicampuri pula campur tangan  orang orang awam (khsusunya ibu bapa) yang sentiasa peka melihat perkembangan pendidikan masa kini turut akan menambahkan lagi kemelut pendidikan negara yang akhirnya akan merosakan sistem sedia ada jika kuasa autonomi dilaksanakan secara tergesa-gesa.
            Contoh paling dekat yang sehingga sekarang tidak selesai-selesai adalah sistem inventory di sekolah-sekolah. Kalaulah di audit, boleh dikatakan semua sekolah masih gagal mematuhi pekeling tersebut. Itu baru satu perseribu daripada sistem yang ada! Jangan, jangan cari pasal, nanti SPRM tak cukup kakitangan nak buat kerja!


Jagindas:     Janganlah perasan bagus-bagus bang... Cuba tanya jabatan audit sekolah, macam mana prestasi audit kewangan sekolah-sekolah di negara ini. 

sekadar tukar nama, atau...


Akta Keharmonian Nasional
menggantikan Akta Hasutan 1948

Najib Razak
"Najib berkata, kerajaan akan tetap   memastikan peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan dan perlakuan yang berikut:
(i) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja; (ii) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau  golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan   (iii) Mempersoalkan apa-apa hak,   kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan."
                                                                                                [Utusan Malaysia: 12/7/12 p.3]

Sekilas pandang, Akta Keharmonian Nasional yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948, hanya sekadar pertukaran nama kerana beberapa perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan 1948 masih relevan.
           Bagi saya, tidak kira bagaimana akta itu digarap semula, apa yang penting akta tersebut hendaklah mampu memberikuasa kepada kerajaan dan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan negara yang terdiri daripada multi kaum, agama dan budaya ini terpelihara daripada sebarang cubaan atau anasir yang boleh menghuru harakan negara.

Jagindas:     Apapun nama yang diberi, akta  berkenaan hendaklah mampu digeruni semua lapisan rakyat yang berniat jahat terhadap negara ini. Tidak ada gunanya bermisai tebal, berbadan sasa, namun suara dan langkah lembik!



Chong Wei, Anda Mampu Lakukannya


Olimpik London: 27 Julai - 12 Aug

LEE CHONG WEI
UNTUK ACARA BADMINTON, Malaysia memang mempertaruhkan harapan kepada Datuk Lee Chong Wei bagi mendapatkan pingat emas negara pada sukan Olimpik London dalam acara perseorangan yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Augus depan.
            Pada kejohanan Piala Thomas di Wuhan Mei lalu, Chong Wei memutuskan tidak meneruskan perlawanan ketika menentang Denmark berikutan beliau mendapat kecederaan teruk di buku lalinya.  Insiden itu turut membayangkan beliau mungkin tidak dapat beraksi di temasya berprestij Olimpik London jika kecederaan itu tidak dapat sembuh segera.
            Namun, setelah mendapat rawatan intensif melalui pakar perubatan kecederaan tersebut kembali pulih sepenuhnya sekali gus memberikan semula harapan tinggi kepadanya dan negara untuk berjuang merebut emas dalam acara perseorangan badminton.
            Syabas Chong Wei, saya percaya Datuk mampu melakukannya dan ia juga adalah sebagai hadiah terakhir untuk negara berikutan keputusan muktamat Datuk akan bersara dari persada dunia badminton tahun depan.
            Menjadi harapan saya (barangkali semua rakyat Malaysia) agar masalah kecederaan buku lali tempoh hari dan terputusnya harapan Chong Wei untuk mengarak Jalur Gemilang dimajlis pembukaan temasya Olimpik itu nanti tidak menjadikannya sebagai tekanan psikologi sehingga menyebabkan Datuk tumpas pula.
            Bukan apa, kadang-kadang benda-benda besar kita boleh letak ke tepi, tetapi adakalanya yang kecil-kecil pula lebih menghantui benak dan perasaan. Manusialah katakan. Apapun, hanya Chong Wei sahaja yang tahu!
            Bagaimanapun, langkah Malaysia memberi ruang rehat yang banyak dengan tidak membabitkan Chong Wei dalam perbarisan pembukaan amat bertepatan. Bukan apa, kalau nak malang, jalan-jalan santaipun boleh terkehel juga.
            Orait, selamat berjuang Chong Wei dan atlet-atlet lain yang mewakili negara. Anda mampu mencapai kemuncaknya! Jongkong Emas menanti anda semua.
           
           

Jagindas:      Tunggu selepas Chong Wei bertarung, saya ada cerita nak dikongsi dengan anda, hehehe...