TOLAKLAH RAKUS (Pas), PILIHLAH
WASSATIYAH (Umno)
|
Mengalahkan Imam Yang Empat
PEMIMPIN PAS sejak dulu lagi
memang ghairah mempermainkan isu agama dalam dunia politik mereka. Hal ini tak
payah dipertikaikan lagi. Satu dunia sudah tahu! Masing-masing mereka yang
bergelar ulamak PAS telah meletakkan diri mereka sebagai 'manusia kasyaf'
tetapi kasyaf yang tidak terpimpin (yg. membawa kejahatan).
Masing-masing
berangan-angan mahu setanding atau lebih hebat daripada Imam Al-Ghazali mahupun
iman-imam dari mazhab lain yang empat. Akhirnya semacam berlaku percampuran antara
mazhab dalam mengendalikan hukum syarak kemudian ditambah pula dengan
tekanan-tekanan oleh fahaman-faham agama seperti syiah dan wahabi. Semuanya
sudah bercampur aduk macam gulai kari dalca. Sedap memanglah sedap kalau kena
dengan masakan dan roti capatinya!
Sesungguhnya
orang-orang Umno berada dalam amat kerugian kerana sembahyangnya dan segala
ibadat merka hanya sia-sia. Tiada pahala. Demikian kata Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul
Am Pas itu. Allah Huakbar!
Dahsyatnya
'kasyaf' Nik Aziz sehingga dapat menentusahkan sama ada Allah memberi pahala
atau tidak kepada umatnya. Benarlah seperti yang dikata Tuan Mufti Perak, Datuk
Seri Harusani, bahawa soal pahala adalah hak Allah, namun Nik Aziz, melebihi
taraf itu darjatnya.
Inilah
yang membuatkan orang-orang pas (terutama pengikut tegar) begitu teruja dan
tidak akan melepaskan Nik Aziz begitu sahaja kerana pada Nik Aziz ada jaminan
menduduki syurga. Bukankah syurga itu yang amat diharap-harapkan oleh umat
Islam di dunia ini? Sekali lagi takbir, Allah Huakbar!
Dengan
yakin, Nik Aziz berkata Umno menolak Islam. Bermakna juga katanya Umno telah
menolak Allah. Kesimpulannya, orang Umno itu tidak Islam, murtad, kafir bahkan
tidak beragama! Subhanallah...Kasyafnya tuan guru Pas ini.
"Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan
persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah
parti politik yang tidak mempunyai agama" (UTUSAN
MALAYSIA)
Orang melayu di Malaysia ini ada dua perkara utama yang mereka perlu dan wajib perjuangkan. Pertama agamanya (Islam) dan kedua adalah bangsanya. Namun kedua-dua elemen itu sewajarnya saling sama sentuh menyentuh..
Orang melayu di Malaysia ini ada dua perkara utama yang mereka perlu dan wajib perjuangkan. Pertama agamanya (Islam) dan kedua adalah bangsanya. Namun kedua-dua elemen itu sewajarnya saling sama sentuh menyentuh..
Kalau
Melayu masuk Pas, mereka bukan sahaja hilang bangsa bahkan juga agama suci
Islam. Pas tidak suka kepada perjuangan bangsa biar sesederhana mana saklipun.
Bagi Pas dalam hidup di dunia ini hanya ada agama Islam tetapi Islam yang Pas
anuti dan perjuangkan adalah Islam yang telah dipolitikkan berlandaskan hawa
nafsu. Islam pimpinan Pas sudah caca-marba. Yang haram sudah jadi harus kalau
tidakpun berani mereka halalkan dan demikian juga sebaliknya.
Jelas
sudah dilihat Pas sedang menjilat kembali apa yang pernah mereka hamburkan
kepada orang Melayu khususnya orang Umno yang beragama Islam beberapa tahun
lalu. Allah sedang mengembalikan apa sahaja yang melampau perbuatan Pas itu
kepada pemimpin dan pengikutnya kecuali kepada mereka yang Allah kehendaki kembali
bertaubat.
Semakin
mengerikan apabila pemimpin-pemimpin Pas bercakap tentang Islam. Namun mereka
tidak merasainya bahkan terus meninggikan suara dengan penuh perasaan bahawa
mereka adalah yang terbaik dan pilihan Allah.
Selepas
Nabi MUhammad (saw), tiadalah lagi nabi yang diangkat Allah untuk memimpin umat
di dunia ini. Lalu Ditinggalkannya para ulama, ambiya' serta imam yang empat. Pun
begitu, barangkali Nik Aziz ada cita-cita untuk menyatakan tarafnya sama dengan
Nabi (saw) namun dia belum berani lagi sebelum menduduki Puterajaya....,
agaknya!
Justeru,
usah ambil pusing apa sahaja yang pemimpin dan konco-konco PAS katakan
sepanjang kempen PRU13 ini. Tinggalkan sahaja pergi dan bersedialah dengan
yakin memilih BN. Allah Huakbar!
Jagindas: BN
juga tidak terlepas daripada salah dan khilaf, namun BN tidak melampaui batas
kemanusiaan dan ketentuan agama (Islam). Justeru, pilihlah BN dalam PRU13 ini
dan tolaklah Pakatan Rakyat (PR) demi masa depan yang jelas buat agama dan
bangsa kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.