"Dulu, tunggulpun boleh jadi YB..." |
Biarpun atas Tiket Bebas
SEPERTI yang dijangka ramai pihak,
pilihanraya umum (PRU) kali ini bakal mengukir sejarahnya tersendiri berikutan
ia merupakan satu titik peralihan (turning point) dari sudut kuasa dan arah
tuju pengundi masa akan datang. Berdasarkan umur hayat purata rakyat di negara
ini, ada kemungkinan pengundi veteran
akan kehilangan lebih 30 peratus pada PRU akan datang. Bermakna, PRU kali ini
adalah titik peralihan orang muda yang bakal mengisi ruang-ruang mengundi akan
datang. Penulis pernah menghurai perkara
ini sebelum ini di sini.
Sekali
gus, ramai pula terutama golongan veteran yang merasakan PRU13 ini adalah
peluang terakhir untuk merebut gelaran Yang Berhormat (YB). Maka, tidak
hairanlah ramai yang mencuba nasib bertanding atas tiket Bebas sama ada kerana
suka-suka melihat tuah diri atau sebab diheret oleh rasa kecewa dan dendam
kesumat yang sudah tidak boleh dirunding lagi. Barangkali juga, disebabkan
sudah lenguh menununggu giliran untuk bergelar YB makanya jalan pintas adalah
mengadu nasib di pentas "Parti Bebas" - isu inilah yang penulis ulas di sini.
Dalam
pada itu akibat ikatan yang longgar dan tidak didaftar, maka berlakulah
persaingan sesama rakan sendiri di satu kawasan seperti yang berlaku kepada
Pas, PKR dan DAP. Bagi Umno, mana-mana ahlinya yang mendambarkan kekecewa
dengan bertanding atas tiket Bebas, mereka akan dipecat. Sharif Omar dan
beberapa rakannya yang lain barangkali akan menerima padah ini.
Berlainan
dengan kes Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia, yang juga turut
bertanding atas tiket Bebas. Bagi penulis dia bukan penderhaka atau pembelot.
Dia bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah membuang
seluruhnya apa-apa yang ada pada dirinya daripada Umno. Maknanya, Kamilia
adalah orang biasa yang mahu ke Parlimen tanpa bantuan Umno atau mana-mana
parti.
Justeru,
jika Kamilia terlebih dahulu meletakkan semua jawatan termasuk keahliannya
daripada Umno sebelum dia membuat keputusan bertanding Bebas, apakah suatu masa
nanti Kamilia akan diterima semula ke dalam Umno sekiranya beliau memohon
semula? Kerana, situasi itu tidak sama dengan 'merujuk semula'. Yang jelas jika
itulah keadaannya, keluarnya Kamilia daripada Umno adalah secara terhormat.
Sebagai seorang pengamal undang-undang penulis percaya Kamilia tentunya sudah membacanya
terlebih dahulu terhadap risiko itu.
Namun,
tindakan calon BN di Pasir Mas, Che JOhan Che Pa, yang tiba-tiba membatalkan
hasrat menyerahkan borang penamaan calon pagi tadi sedang beliau sudah pun
memasuki dewan penamaan calon, amat memeranjatkan BN. Ramai yang terkejut
beruk. Barangkali Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin juga sesak nafas dibuatnya.
Pada
hemat penulis, Che Johan adalah calon yang tidak dapat mengkelaskan antara
perjuangan parti dengan rasa hormat terhadap 'guru'. Konon, Ibrahim Ali adalah
bapa didiknya dalam politik. Sejajar itu, Johan juga lemah keyakinan diri.
Justeru, Umno Kelantan yang mencalonkan beliau sebagai calon PRU13 telah
melakukan satu kesilapan besar. Kesilapan ini adalah satu-satu yang jelas di
samping ada banyak lagi kesilapan yang telahpun berlaku. Kes Kamilia juga tidak
terkecuali daripada unsur-unsur kesilapan itu. Satu kesilapan yang tidak dapat
ditarik balik.
Perbuatan
Che Johan yang membuat keputusan di saat terakhir yang menghalang ruang bagi
Umno mencari gantinya boleh disifatkan sebagai 'pengkhianat'. Biar macam mana
betul sekalipun ramalan yang dibuatnya iaitu pembangkang akan menang mudah jika
Bebas dan BN bertanding menentang Pas di situ, Johan tetap mengkhianati parti
Umno dan BN kerana menarik diri ketika proses penamaan calon dan tidak
sebelumnya.
Sekadar
beberapa contoh itu, terdetik di hati penulis dengan pertanyaan: setelah sekian
lama berhati-hati dan memerhati, mengapakah BN masih melakukan kesilapan dalam
memilih calonnya? Memilih calon adalah langkah pertama sebelum berlaku
pilihanraya. Kita harus sedar bahawa kesilapan di aras pertama ini boleh memberi
kesan bahaya kepada proses berikutnya!
Lagu
'bangau oh bangau' berkemundang lagi. Najib akan kata negeri tak betul tapis.
Negeri akan kata, sumber-sumber 'penapis' beri laporan salah. Sumber-sumber
penapis pula nak kata apa? Senario ini ada kebenarannya. Sebab ada beberapa
calon yang disifatkan pengundi tempatan sebagai kuda tua sakit lutut pun masih
terpilih juga dalam PRU13 ini.
Orang
putih kata, past is past. Nak buat
macam mana benda dah berlaku. Tarikh 20 April tidak boleh di tarik balik. Yang
pasti 30 April dan 5 Mei, InsyaAllah akan tiba. Makanya, jangan buat masalah
lagi. Pilihlah BN dan selepas ini kita adun baik-baik...
Jagindas: Ada
calon Parlimen pening kepada sebab pengundi tak suka calon DUN yang dipilih oleh
pusat manakala perayu undi di akar umbi pula masih hurara..... (agak-agaknya
mengapa jadi begitu?)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.