GAMBAR HIASAN. |
Pastikan
Diri Sihat Dan Mampu
APA
BOLEH BUAT...kita tidak mencari tetapi dia datang dengan sendiri. Maksud
penulis, kalau boleh penulis memang hendak mengelak daripada bercerita tentang
salah khilaf masyarakat terutama pemimpin, imam dan ulamak. Sebab, kita pun
tidak antara mana tinggi dan luas pengajiannya. Pun begitu, cerita-cerita
seperti itulah yang sering datang. Dan, banyaklah pula yang dirasakan wajar
dikongsi bersama dari sudut positifnya.
Baru-baru ini, seorang rakan lama
yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah setesen minyak memberikan kami ruang
untuk berbual-bual sebelum menjengah ke pasar Ramadhan.
Katanya, dia hairan mengapa ada imam
dan naib kadi yang sudah tidak cukup "sifat" lagi tetapi masih tifak
mahu melepaskan jawatan itu padahal masih ada orang lain yang boleh menggantikannya.
Dengan kata songsangnya pula, mengapa jabatan agama Islam masih menggunakan
khidmat imam dan kadi seperti ini sedang ia nyata menyusahkan urusan
masyarakat.
Menarik kisahnya ini sebab kelmarin
penulis paparkan betapa susahnya untuk mendapatkan khidmat imam yang sempurna
sehingga ada kariah yang melantik imam fasik dijadikan imam sembahyang, baca di
sini.
Menurut rakan itu, di satu kariah
terdapat seorang imam yang juga naib kadi tetapi sudah uzur masih tidak mahu
melepaskan jawatannya itu. Sekali pandang nampaknya memanglah bagus, gigih.
Tetapi rungutan awam mengatakan ia banyak menyukarkan berurusan dengannya
disebabkan beberapa kekurangan dalam dirinya itu. Maklum sudah tua, melebihi
usia 80 tahun. Matanya sudah tidak begitu baik penglihatannya, demikian juga
pendengarannya. Tua dah...dan dah lama
dah....(pinjam kata Tun Mahathir)
Kerana masih tidak mahu melepaskan
jawatan imam, ketika Jumaat dan tiba giliran beliau menjadi imam, beliau akan
meminta orang lain membaca khutbah manakala dia akan mengimamkan sembahyang.
Demikian juga dalam bab nikah
kahwin, beliau akan meminta saudaranya membuat kerja-kerja perkeranian kerana
tidak mampu menulis dengan sempurna lagi manakala upacara pernikahan tetap dilaksankann
olehnya juga.
Mengapa mesti menyusahkan diri?
Mengapa tidak bersara sahaja dan melepaskan kepada orang lain yang lebih mampu
dan bertnaga? Berehat dan beramal di usia yang sebegitu tanpa ganggu! Bukankah
itu lebih afdhal daripada menjadi liabiliti kepada awam?
Bagi penulis, ini bukan kes terpencil.
Banyak sudah yang penulis dengar kes-kes macam ini. Pendek kata, yang hendak jadi
imam dan naib kadi berebut-rebut menonjolkan diri manakala yang sudah memegang
jawatan pula payah benar nak melepaskannya biarpun diri sudah tidak lagi
berkemampuan.
Telek punya telek, mudah sahaja
jawapannya. Mereka bukannya gilakan tanggungjawab tetapi kerana jawatan itu
sekarang berbayar bulanan....itu sahaja.
Di tempat penulis ada seorang imam
yang dihormati kerana kepmpinan dan sikapnya. Namun, sampai masanya pada usia
beliau 85 tahun, beliau menarik diri daripada menjadi imam dan lain-lain jawatan kerana dia sedar kemampuan dirinya
semakin terbatas.
Penulis pernah menghujahnya supaya
terus berkhidmat kerana makmum selesa dengan pimpinannya lagipun ketika ini
jawatan itu berbayar elaun. Tetapi dengan mudah dia menjawab: "Saya tidak mahu jawatan itu menjadi
beban kepadanya di dalam kubur nanti..wang ringgit tidak mampu mengampunkan
dosa-dosa saya nanti..." demikianlah kata-kata bagi seorang imam yang
berilmu lagi insaf.
Anda yang lain bagaimana??
Jagindas: Kalau tidak dikawal,
suatu masa nanti ada pulak kerajaan perkenalkan elaun sembahyang jumaat, elaun
sembahyang jenazah dan lain-lain....Kita tengoklah, berasak-asak orang tua dan
muda menerjah masjid...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.