Khamis, 20 Mac 2014

HAIRAN MASIH BELUM DIJUMPAI

Meski Guna Alatan Berteknologi Tinggi

MISTERI kehilangan pesawat B777-200 MH370 milik negara (MAS) sehingga ke hari ini memang benar-benar misteri. Pakar-pakar mencari dan menyelamat dari seluruh dunia masih gagal memastikan lokasi dan situasi pesawat itu melainkan masih menyifatkannya sebagai ‘misteri’.
            Bekas perdana menteri, Tun Mahathir, yang tidak terkecuali mengikuti perkembangan kemisterian itu baru-baru ini turut melahirkan rasa hairannya berikutan hampir semua peralatan yang berteknologi canggih digunakan namun pesawat itu masih belum diberi sedikit ‘tanda-tanda’ untuk ditemui.
            Beliau berkata demikian kerana menurutnya peralatan secanggih itu sebelum ini dakwanya mampu menjejaki apa jua objek walau sekecil seperti manusia dan di mana ia berada.

Isnin, 17 Mac 2014

SEMOGA MISTERI MH370 AKAN TERUNGKAI SEGERA

Terimalah Dengan Jujur Apa Jua Keputusannya Nanti 

Gambar Hiasan: Simulator kokpit pesawat
UMUM bahkan dunia sudah maklum bahawa misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke 10 hari ini telah membabitkan banyak negara dalam usaha mengesan, mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang itu termasuk negara-negara besar seperti Amerika, Australia dan Rusia. Dan, aktiviti yang rumit ini berjalan dalam satu prosedur yang mematuhi SOP antarabangsa oleh sebilangan pakar-pakar. Walaupun Malaysia mengetuai keseluruhan SAR itu namun pembabitan ramai pakar antara bangsa menunjuk bahawa apapun dapatan hasil daripada SAR itu nanti adalah satu jawapan yang pasti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kepentingan melainkan demi kepentingan dan keselamatan manusia sejagat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, negara bahkan fahaman politik sekalipun.

Selasa, 11 Mac 2014

APA ITU SPEKULASI?

Khalayak Diingat Waspada Buat Spekulasi


KATA NAMA

tekaan , teori , hypothesizing , andaian , tekaan ; ceramah; teori , hipotesis , tesis , dalil , tekaan ,menduga , pendapat, tanggapan; ramalan, ramalan
 formal angka kira-kira

Spekulasi di pasaran saham

berjudi , usaha, risiko; perjudian ; pelaburan


Namun, jika mengulas dapatan daripada seseorang pakar yang berautoriti, itu bukanlah spekulasi namanya…



Jagindas:  MH370 di manakah kamu ketika ini..