Isnin, 11 Februari 2013

JANGAN AJUK SEMBARANGAN

DATUK DAUD KILAU (di sini)

Nanti Tak Pasal-Pasal Kena Pelangkung Pulak!



SEORANG rakan penulis memang pandai mengajuk-ngajuk atau meniru-niru watak seseorang. Antara kebolehannya dia juga boleh mengucapkan bahasa loghat macam betul-betul dia itu orang di daerah atau negeri itu. Kalau dia cakap Kelantan, betul-betul macam orang Kelantan. Begitulah juga kalau dia bercakap loghat minang, jawa, banjar dan sebagainya.
            Suatu hari dia (R) diuji oleh seorang sahabatnya yang juga tahu cakap loghat Kelantan (S):

S:        Barang
R:       Baghey
S:        Selam
R:       Seley
S:        Peram
R:       Perey
S:        Ani suka buah pelam.
R:       Ani suko buah Peley
S:        (ketawa berdekah-dekah) - oghey Kelatey dak sebut lagu tu
R:       Kenapa pulok?
S:        Bunyi dio agok pelek, key. Cubo mu sebut semulo..
R:       (Merungut-rungut perlahan-lahan kemudian tersenyum
             sendirian)  suko buah peley, suko buah peley,suko pley, 
             suko pl......Ah!     
             
S:        Ani suko mangger, la!


Jagindas:  Ingat tu, apa benda pun jangan main ajuk-ajuk saja, kena faham betul-betul. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena pelangkung! hehehe.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.