Isnin, 24 Mac 2014

BERAKHIRNYA SEBUAH MISTERI....

Sah MH370 Tersadai Di Lautan Hindi


LEBIH kurang jam 10 malam (2200 waktu Malaysia) sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, telah mengumumkan pengakhiran sebuah misteri tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang sejak 08 Mac lalu. Kandungan penuh laporan seperti yang diumumkan Najib ada di sini
            Tidak siapa yang dapat melawan kehendak Allah, namun berdasarkan kepada hukum alam yang biasa, adalah dipercayai kesemua mereka telah terkorban.
            Justeru, Jagindas Kulukelio.blogspot.com merakamkan sebesar-besar takziah dan sedih kepada semua ahli keluarga penumpang serta anak kapal yang jumlahnya 239 orang termasuk dua kanak-kanak. Semoga anda semua diberikan kekuatan dalam menghadapi realiti ujian Allah ini.
                           


Jagindas:  Innalillah…..

Khamis, 20 Mac 2014

HAIRAN MASIH BELUM DIJUMPAI

Meski Guna Alatan Berteknologi Tinggi

MISTERI kehilangan pesawat B777-200 MH370 milik negara (MAS) sehingga ke hari ini memang benar-benar misteri. Pakar-pakar mencari dan menyelamat dari seluruh dunia masih gagal memastikan lokasi dan situasi pesawat itu melainkan masih menyifatkannya sebagai ‘misteri’.
            Bekas perdana menteri, Tun Mahathir, yang tidak terkecuali mengikuti perkembangan kemisterian itu baru-baru ini turut melahirkan rasa hairannya berikutan hampir semua peralatan yang berteknologi canggih digunakan namun pesawat itu masih belum diberi sedikit ‘tanda-tanda’ untuk ditemui.
            Beliau berkata demikian kerana menurutnya peralatan secanggih itu sebelum ini dakwanya mampu menjejaki apa jua objek walau sekecil seperti manusia dan di mana ia berada.

Isnin, 17 Mac 2014

SEMOGA MISTERI MH370 AKAN TERUNGKAI SEGERA

Terimalah Dengan Jujur Apa Jua Keputusannya Nanti 

Gambar Hiasan: Simulator kokpit pesawat
UMUM bahkan dunia sudah maklum bahawa misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke 10 hari ini telah membabitkan banyak negara dalam usaha mengesan, mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang itu termasuk negara-negara besar seperti Amerika, Australia dan Rusia. Dan, aktiviti yang rumit ini berjalan dalam satu prosedur yang mematuhi SOP antarabangsa oleh sebilangan pakar-pakar. Walaupun Malaysia mengetuai keseluruhan SAR itu namun pembabitan ramai pakar antara bangsa menunjuk bahawa apapun dapatan hasil daripada SAR itu nanti adalah satu jawapan yang pasti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kepentingan melainkan demi kepentingan dan keselamatan manusia sejagat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, negara bahkan fahaman politik sekalipun.