KPM Tak Perlu
Layan
Hasrat
Pengetua & Guru Besar
Muhyiddin... KPM diharapkan tidak tersilap langkah dengan isu autonomi |
KESATUAN Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) baru baru ini ada mencadangkan supaya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kuasa autonomi kepada pengetua
dan guru besar untuk mengurus sekolah masing-masing.
KGGMMB berpendapat langkah itu bertujuan memberi
peluang kepada pengetua dan guru besar, lebih bebas mengurus sekolah
masing-masing mengikut landsakap dan keperluan sekolah yang mereka tadbir
termasuk yang berkaitan dengan kewangan dan penyenggaraan.
Sementara itu, reaksi daripada pelbagai pihak hanya
meminta KPM lebih berhati-hati sebelum melaksanakan program autonomi tersebut
kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kepada banyak sekolah berikutan
persepsi, kefahaman serta sikap pengetua dan guru besar yang tidak sama.
Bagi saya, KPM tak perlu layan cadangan mahupun
permintaan itu. KPM tidak perlu buang masa untuk memikir dan menimbang masalah
tersebut. Bukan semua permintaan dan cadangan daripada kesatuan guru-guru ini bernas
dan boleh membantu.
Pengetua dan guru besar di negara ini masih belum sampai tahapnya
untuk mengurus sekolah secara autonomi. Masih banyak kalangan mereka yang tidak
pernah membaca pekeliling dengan sempurna malah ada juga yang tidak memahami maksud-maksud
terkandung dalam pekeliling-pekeliling iktisas dan kewangan.
Mereka juga masih ada yang kabur dengan dasar-dasar serta
program baru KPM berikutan ramai kalangan mereka yang bertindak mengharapkan
orang bawah dan pembantu pejabat yang menguruskan masalah tersebut. Malah dalam
banyak hal, ramai pengetua dan guru besar yang "dibodohkan" oleh
pegawai-pegawai bawahannya.
Justeru, hal-hal semasa yang berkaitan dengan masalah
pembangunan dan transformasi pendidikan
masa kini pun masih belum selesai dan jelas dalam minda guru-guru khususnya
pengetua dan guru besar, maka adalah diharapkan KPM tidak melayan cadangan
tersebut kerana ia akan menambah kekalutan dalam sistem pendidikan negara nanti.
Kefahaman yang berbagai tetapi tidak menepati sasaran dan
dicampuri pula campur tangan orang orang
awam (khsusunya ibu bapa) yang sentiasa peka melihat perkembangan pendidikan
masa kini turut akan menambahkan lagi kemelut pendidikan negara yang akhirnya akan
merosakan sistem sedia ada jika kuasa autonomi dilaksanakan secara
tergesa-gesa.
Contoh paling dekat yang sehingga sekarang tidak
selesai-selesai adalah sistem inventory di sekolah-sekolah. Kalaulah di audit, boleh
dikatakan semua sekolah masih gagal mematuhi pekeling tersebut. Itu baru satu
perseribu daripada sistem yang ada! Jangan, jangan cari pasal, nanti SPRM tak
cukup kakitangan nak buat kerja!
Jagindas: Janganlah perasan bagus-bagus bang... Cuba
tanya jabatan audit sekolah, macam mana prestasi audit kewangan sekolah-sekolah
di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.