Maafkan Saya...Menutup Segala-galanya (?)
GAMBAR HIASAN: Manoharan, Namwee dan Nizar |
KES YB. Manoharan
mengutuk kekalahan Chong Wei dalam acara sukan badminton perseorangan di
Olimpik baru-baru ini menerusi twitternya hampir-hampir menjadi polimik apabila
sebilangan besar rakyat termasuk pemimpin pembangkang sendiri kurang senang dengan
keceluparan Manoharan itu.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata
Mano yang menyentuh kepribadian Chong Wei sekali gus turut mengheret
memperleceh marwah negara berikutan Chong Wei telah dinobatkan sebagai wira
oleh rakyat Malaysia di atas sumbangannya dalam bidang sukan di peringkat
dunia.
Apa-apa sekalipun yang baik-baik
yang dipamerkan oleh rakyat kita di mata dunia sewajarnya mendapat sokongan
daripada rakyat negara ini. Sekecil mana sekalipun, namun jika diperingkat
dunia ia sudah cukup diangkat sebagai jasa kepada negara.
Pun begitu, jika dihalusi, Mano
hanya mengutuk seorang rakyat biasa tetapi dalam lenggok politik kirinya
sehingga sangup menamakan Chong Wei sebagai CHONG AWAY dan Dan dari negara China.
Sebenarnya, kita ada kisah lebih
hebat daripada itu sebelum ini apabila seorang rakyat biasa mengutuk dan
mempermainkan negara sehingga seperti melondehkan marwah negara apabila dia
mempersendakan lagu negaraku, bendera negara dan raja-raja kita.
Demikian juga kisah YB Nizar meroyan
yang memfitnah Sultan Johor baru-baru ini dalam kes pembidaan plat kereta yang
didakwanya Sultan Johor memazirkan wang rakyat.
Dalam beberapa kes kurang ajar
sebelum ini, bukankah hanya dengan sekadar memohon maaf, yang kemudiannya telah
melenyapkan kepanasan sebelumnya menjadi sejuk begitu sahaja? Bahkan, mereka
(yang kurang ajar itu) terus bermaharajalela dengan karya-karya dan
ucapan-ucapan gilanya! Lihat sahaja Nizar serta (pemimpin-pemimpin pembangkang
lain juga) dia terus celupar dan celupar!
Bagaimana pulak kes guru sekolah
swasta yang mempermainkan kandungan buku agama Islam yang berlaku di Johor
baru-baru ini?
Kita sudahpun mengisytiharkan rakyat
bebas berkata apa juga asalkan tidak menyentuh soal-soal keunggulan
perlembagaan, kesultanan dan YDP Agong serta agama dan budaya apabila akta
tahanan 1948 (ISA) dimansuh dan digantikan dengan akta yang baru yang dikatakan
lebih fleksibal dan lebih memberi kebabasan kepada rakyat di negara ini
bersuara.
Saya tidak menyokong perbuatan keji Manoharan
itu, namun kita juga harus realistik sebelum mempolimikan sesuatu isu yang
bersifat kurang ajar seupaya ia nampak adil dan telus. Semua pihak sewajarnya
tidak berdiri digelanggang politik apabila menghadapi isu-isu seperti ini.
Jagindas: Bila ucapan maaf semudah itu dilafaz dan diterima, buatlah
apapun kemudian ucapkan lah SAYA MOHON MAAF, SAYA SESUNGGUHNYA TIDAK
BERNIAT......bla bla bla...Maka cairlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.