Khamis, 9 Ogos 2012

AIS KRIM BASKIN ROBIN (BR)


Sanggup Setia Berbaris Panjang Demi Untuk Satu Skop BR
Malam ini saya tidak bertarwih secara berjamaah. Kalau sempat sebelum tidur saya akan buat bersendirian, InsyaAllah. Saya ada hal menemankan rakan-rakan ke Ipoh. Kami bergegas ke Ipoh sebaik sahaja selesai solat maghrib.
            Selesai sahaja urusan itu, kami menyelimpat sekejap ke Jusco, sebuah pasaraya yang penuh sesak parkingnya. Masa tu kira-kira pukul 9.30 malam. Saya memang tak gemar ke pusat beli belah ini sebab susah benar nak dapat tempat parking yang selesa.
            Di tingkat satu saya lihat ada dua lajur baris orang ramai. Berpusu-pusu. Panjang barisnya. Mereka kelihatan penuh setia menunggu. Saya bertanya kepada seorang jurujual apakah yang ditunggu oleh mereka. Rupa-rupanya mereka berbaris untuk mendapatkan satu skop ais kerim Baskin Robin. Ais kerim jenis mahal dan sedap katanya. Tapi cuma satu skop sahaja.
            "Cuba pakcik tengok, hanya kerana satu skop ais kerim jenis itu, mereka sanggup berbaris sejak pukul 7 petang tadi sampai sekarang. Sepintas lalu nampak macam dah tak beduit sangat untuk menikmati ais kerim tersebut. Malulah bang.." Itu komen jurujual itu kepada saya.
            Saya terfikir, adakalanya walaupun sesuatu event itu merupakan satu penghargaan dan mengajak khalayak untuk sama-sama menyertainya, namun kadang-kadang juga ia semacam menunjukkan kelemahan maruah seperti kata komen jurujual tadi.
            Memang, jutaan terima kasih serta sekalung budi wajar di beri kepada penyumbang ais kerim tersebut tetapi rasanya elok buat cara lain supaya tidak menampakkan ia sebagai rakyat Malaysia ini seperti orang kebuluran berbaris untuk mendapatkan bantuan makanan. Di pusat beli belah pulak tu!
            Bukan tidak menghargai, tetapi mungkin ada cara lain yang lebih bermarwah!


Jagindas: Ais Krim? hehehe...Hanya untuk satu skop ais kerim Baskin Robin. Terima kasih sebesar-besarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.