BILA DUA PIHAK SALING HARAM MENGHARAMI!
ABDULLAH SA'AMAH ... MCA, MIC Bukan Kafir Harbi |
"Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara
terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
[di
sini]
Umat Islam juga tidak
boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan
DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada
DAP.
Beliau berkata, agenda
perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang
digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada
kedudukan Islam dan umat Islam."
MOHAMAD DAUD... Hukum boleh
bertukar ikut keadaan dan maksud
|
"Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi
golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO. [
di sini]
Ketua Dewan Ulama Pas
Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut
keadaan dan waktu tertentu.
Beliau mendakwa, dalam
situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan
ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun."
Jagindas: jaga-jaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.