Ada Yang Jadi Mangsa Fitnah (?)
SEBELUM ini saya ada menulis tentang
nasihat daripad mantan mufti Perlis, Dr. Asri terhadap ulamak atau golongan
agama di
sini.
Pada
masa sama juga akhbar-akhbar perdana juga ada melaporkan tentang perihal ajaran
sesat terbaru yang dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (jais). Ia dikenali
sebagai ajaran Juruzon seperti dilaporkan di
sini dan di
sini
Laporan
tersebut nampaknya berfakta dan dijelaskan secara panjang lebar. Seperti yang
khalayak sedia maklum, isu ajaran sesat juga adalah satu daripada gejala yang
membahayakan negara. Gejala ini juga membabitkan resapan pelbagai fahaman
seperti fahaman syiah, mazhab, aurat muhamadiah dan banyak lagi.
Pergerakankumpulan-kumpulan
NGO yang berdaftar atas nama agama juga seperti Al-Arqam pernah mengocak
perpaduan umat Islam dan kerukunan rumah tangga di negara ini. Namun berjaya di
sanggah oleh kerajaan meskipun sudah agak terlewat berikutan kelicikan
pergerakan pertubuhan itu.
Justeru
kerana itu, kerajaan begitu sensitif terhadap semua yang berkaitan dengan
ajaran sesat atau songsang ini kerana ia didipercayai boleh menggoncang
kesetabilan negara dan keharmonian rakyat.
Bagaimanapun,
pihak berkuasa hendaklah benar-benar maklum terhadap satu-satu isu tersebut
berikutan salah lapor juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan berkecil hati
dan seterusnya dengan campur tangan pihak-pihak yang mengambil kesempatan, maka
usaha membanteras menjadi percakaran sesama sendiri. Inilah barangkali yang
dinasihatkan oleh Dr Asri.
Sebagai
orang yang jauh dari tempat kejadian dan dengan sekadar membaca laporan jais,
maka jelaslah Juruzon itu wajar dibanteras habis-habisan. Namun, setelah
membaca penafian daripada pihak tertuduh pula, kita percaya jais bagaikan
tersilap lapor di
sini.
Barangkali
inilah yang disebut oleh pepatah arab: Jangan percaya apa yang kamu dengar dan
percaya separuh apa yang kamu lihat. Pepatah ini bermaksud supaya sesuatu isu
itu hendaklah disiasat dengan teliti sebelum ia dipertikai atau dibahaskan jauh
sekali dijadikan fatwa atau dihukum!
Dengan
kata lain, jangan cepat melatah. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada
berlaku salah sangka, salah lapor dan polemik sesama sendiri yang akhirnya
boleh memecahkan perpaduan ummat menerusi isu agama.
Jagindas: Itu sebab yang di atas-atas tu digalakan
turun padang. Jangan asyik nak mengarah orang bawah saja. Sendiri tengok,
sendiri rasa dan sendiri pegang tidak sama dengan apa yang orang kata kepada
kita! jeng, jeng, jeng....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.