Ke atas Pemandu Tanpa Lesen dan Pemilik Kenderaan Terbabit
GAMBAR HIASAN |
BERITA kemalangan
jalanraya membabitkan empat maut termasuk seorang remaja berusia 14 tahun
menaikan darah penulis. Bukan kerana kes kmalangan itu tetapi perihal kecuaian
ibu bapa sehingga membolehkan remaja berusia 14 tahun memandu kereta tanpa
lesen milik ibu/bapanya sendiri berita
di sini
Realitinya,
sikap ibu bapa membenarkan anak-anak yang tidak memiliki lesen, memandu
kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta memang banyak berlaku. Barangkali,
bagi mereka itu adalah sebahagian daripada cara mencurahkan kasih sayang.
Konon...
Malah, ada
ibu bapa yang sanggup membelikan motosikal untuk anak-anak yang masih di bawah
umur dengan alasan kononnya memudahkan mereka untuk ke sekolah atau membantu
ibu bapa.
Bila terjadi
kes semacam ini, sehingga membabitkan kehilangan nyawa orang lain yang
barangkali tidak bersalah, apakah pertimbangan yang wajar kita berikan terutama
ibu bapa remaja yang tidak berlesen itu?
Justeru,
sudah sampai masanya, pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang berkenaan
tanpa kompromi lagi. Ibu bapa terbabit wajar dikenakan hukuman mandatori atas
kecuaiannya itu. SUDAH SAMPAI MASANYA!
Kalau
anaknya mengambil kunci kereta secara 'curi-curi', mengapa dia (ibu bapa) tidak
melapor kepada polis supaya anaknya di tahan daripada terus memandu. Dan, kalau
anaknya memandu dengan izinnya sendiri maka tiada sebab kemaafan mengatasi
undang-undang.
Sudah
terlalu banyak kes remaja tanpa lesen terbabit dalam kemalangan jalanraya termasuk
yang membabitkan kehilangan nyawa. Justeru, sudah sampai masanya mereka terbabit
hendaklah dikenakan hukuman sewajarnya sebagaimana yang termaktub dalam
undang-undang sedia ada.
Satu
daripada fungsi undang-undang dibina adalah untuk mendidik masyarakat. Dalam
kes seumpama ini pemilik kenderaan mesti dididik untuk menjaga keselamatan
kenderaannya sendiri dan kepentingan lesen memandunya.
Justeru,
selain dikenakan denda, pemilik kenderaan yang dengan sengaja cuai membenarkan
kenderaannya dipandu oleh mereka yang tidak berlesen maka lesen memandu pemilik
kenderaan terbabit juga wajar di tamatkan secara mandatori. Demi untuk mengajar
rakyat sejagat!
Jagindas: Kalau sendiri mati lantak lah, tapi masalahnya membabitkan
orang lain.. (Sebelum ini penulis pernah menulis mengenai masalah ini klik
di sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.