Menang Atau Kalah
KENYATAAN Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir,
yang mendakwa kesediaan Hj Hadi Awang (PAS) bertanding di Pekan menentang Datuk
Seri Najib sebagai satu taktik mencabar kepopularan Perdana Menteri adalah dianggap
sebagai satu kenyataan klise' dan tidak sesuai diucapkan pada pilihanraya era
ini di sini
Beberapa
pengundi yang ditemui berkata, populariti seseorang calon bukan lagi faktor
penentu untuk menang dalam sebarang pertandingan pilihanraya berikutan sikap pengundi
yang akan memilih seseorang calon berdasarkan citarasa pengundi sendiri. Bermakna,
ada kalanya hanya dengan satu kelebihan yang kecil bagi seseorang calon itu
dipandang tinggi oleh pengundi.
Sebagai
contoh, calon A bagus dari segi kerjanya tetapi sukar didekati kerana terlalu
mematuhi protokol manakala calon B pula lebih bercakap dari kerja namun dia mudah
dirapati. Bagi sesetengah tempat, calon B lebih baik dari calon A. Walaupun dia
tidak popular namun harapan untuk menang lebih cerah berbanding A.
"Mengambil contoh Zambry sendiri,
ketika ini Zambry boleh dikatakan sudah popular di Perak lebih-lebih lagi di
Pangkor. Jadi, sesiapa sahaja yang akan menandingi Zambry nanti, apakah Zambry
yakin akan menang dengan jayanya?", kata seorang pengundi.
Semalam,
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, melahirkan rasa peliknya terhadap
hasrat Hj Hadi Awang itu manakala Menteri Besar Perak pula menganggap isu itu
sebagai taktik pembangkang untuk mencabar populariti Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib.
Justeru,
kepada semua pemimpin UMNO dan BN, penulis ingin mengingatkan bahawa zaman dulu
memang orang yang popular akan diangkat menjadi pemimpin, namun era moden ini
ia tidak lagi begitu. Jika nasib tidak baik, dalam 10 perkara, 9 yang terbaik
kita lakukan dan satu tidak elok namun malangnya pengundi akan mengambilkira
yang SATU itu sebagai bahan untuk menjatuhkan kita. Bak kata orang tua-tua, hilang tuah yang sembilan disebabkan celaka
nan satu.
Ini
bermakna, semua pihak kena berhati-hati ketika membuat sesuatu kenyataan dan
tindakan. Pemimpin UMNO/BN sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lenggok
pembangkang yang begitu mahir membuat pelbagai taktik provokasi dan cuit
mencuit. Adakalanya mereka berpura-pura melatah bagi menarik minat kita untuk
melatah lebih teruk dari itu.
Dan,
akhirnya kita terperangkap!
Jagindas: Usah dipersoalkan lagi isu ini, dah basi dah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.