Khamis, 13 Disember 2012

KEMPUNAN KE FINAL BUKAN BERERTI TAK PANDAI MAIN

Sabo yop... Jangan susah hati

Harimau Malaya Tetap Jantan Sejati

APA LAGI alasan yang akan diberikan oleh Datuk Raja Gopal apabila Harimau Malaya kempunan untuk mara ke final setelah tersungkur di kaki pasukan Thailand malam tadi bagi merebut piala AFF Suzuki 2012 musim ini.
            Apakah disebabkan pasukan kita dilayan bagai 'kelas  tiga' apabila Thailand memberikan kita berlatih di padang yang dikatakan becak dan memalukan? Kalau itulah sebabnya memang lemahlah harimau jantan kita melawan tekanan psikologi pihak lawan yang juga tuan rumah. Harap-harap ini tidak disebut sebagai alasan. Macamlah di Kuala Lumpur kita tak pernah berlatih langsung, kan?
            Lagi apa? Najib dan Rosmah tak ada di sana? Isyyyy..., takkanlah sampai begitu sekali Najib nak korbankan masanya!
            Penjaga gol tidak ngam? Pertahanan tidak kemas? Tiada kerjasama seimbang antara pemain-pemain? Biarlah apapun andainnya, hanya Raja Gopal sahaja yang tahu jawapan setepatnya.
            Apapun, penulis tetap ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain termsuk Raja Gopal kerana anda semua dengan jelas sudahpun mempamerkan usaha yang gigih sebelum pertembungan malam tadi.
            Bagi penulis, inilah yang dikatakan nasib atau untung sabut dan batu setelah semua usaha kita lakukan dengan sebaik-baiknya. Jangan patah hati. Hari ini hari mereka esok-esok hari kita pula. Adatlah dalam sesuatu perlawanan. Kalah, menang atau seri. Itulah kemungkinan-kemungkinannya.
            Jangan sesekali menyalahkan orang lain. Apa-apapun kita pertanggung jawabkanlah apa sahaja keputusan sebentar tadi atas bahu kita. Sebab, semakin banyak kita mengelak akan bertambah banyaklah tohmahan dan suara-suara sumbang yang akan menerjah kita balik. Ayat-ayat panah halilintar pasti menusuk dada. !
            Bagi penulis, anda sebenarnya pasukan terbaik di Asia. Syabas sekali lagi.


Jagindas: Ada unsur-unsur bomoh siam perut hijau ke...? hehehehe. Eh, khabarnya Datuk K suami Datuk Siti Nurhaliza kemalangan di New Zealand, errmmmm...
            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.