"BARANG BAIK" .. Gantang
diperbuat drpd kayu
dipercayai berusia lebih 200 tahun..
|
Bomoh Tarik Duit Sedia Beri Khidmat
FAKTA POLIS, sehingga ini merekodkan berbelas juta ringgit kerugian
terkumpul dialami rakyat Malaysia akibat di
kong kali kong oleh bomoh-bomoh palsu antaranya adalah berpunca daripada
kerakusan sendiri kerana ingin menjadi kaya raya walaupun sudah kaya. Dengan
kata lain, mereka terbabit bukan sahaja mahu jadi kaya raya secara mudah tetapi
juga kalah dengan tuntutan hawa nafsu yang menggila. Orang kaya pun adakalanya
menjadi bengong dek kerakusan nafsu
sendiri! news
break di
sini.
Ada
yang percaya sial di badan menjadi pelbagai punca kecelakaan sehingga sanggup
meyembah bomoh dengan membawa beratus ribu ringgit untuk membuangkan celaka
malah tidak kurang juga ada yang terkena sampuk sehingga menyerahkan tubuh yang
gebu kepada bomoh.
Bomoh,
dukun, pawang dan tabib adalah antara sebutan yang biasa diberikan kepada pengamal
perubatan secara tradisonal. Namun pada perhalusannya, antara keempat-empat
sebutan itu sebenarnya tidaklah sama maksud dari segi cara pengamal tersebut
mengendalikannya.
Tidak dapat dinafikan peranan bomoh dan dukun memang banyak bahkan sejak dahulu kala sebelum negara dimasuki pengamal perubatan moden, maka peranan bomoh dan dukunlah tempat pesakit mengadu. Ada yang sembuh dan ada juga yang membawa maut. Macam perubatan moden juga. Tiada jaminan untuk hidup atau sembuh sedia kala. Kerana sihat, sakit dan maut itu adalah hak Allah semata.
Tidak dapat dinafikan peranan bomoh dan dukun memang banyak bahkan sejak dahulu kala sebelum negara dimasuki pengamal perubatan moden, maka peranan bomoh dan dukunlah tempat pesakit mengadu. Ada yang sembuh dan ada juga yang membawa maut. Macam perubatan moden juga. Tiada jaminan untuk hidup atau sembuh sedia kala. Kerana sihat, sakit dan maut itu adalah hak Allah semata.
Penulis
sendiri ketika berusia 11 tahun pernah mendapat khidmat bomoh tempatan apabila
beberapa doktor gagal merawat penyakit penulis yang ketika itu mengikut firasat
doktor yang merawat penulis mungkin akan menemui ajal dalam tempoh beberapa
hari sahaja.
Alhamdulillah,
dengan kehendak Allah swt usaha bomoh terbabit (sudah arwah - alfatiha buat
beliau) makanya penulis sihat sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudah dipanjangkan
usia lagi.
Justeru,
bagi penulis khidmat bomoh memang diperlukan meskipun tidak setanding dengan
pencapaian ilmu perubatan moden hari ini. Akan tetapi, jika ada bomoh
menawarkan untuk menjadi kaya - memanggil wang berjuta-juta, memberikan harta
melimpah ruah secara tidak semena-mena itu pada penulis sudah karut. Melainkan,
jika Allah berkehendak seseorang itu menjadi demikian untuk menguji umatnya.
Baru-baru
ini datang seseorang yang penulis tidak kenali bertanyakan adakah penulis memiliki
"barang baik" yang kononnya ada "ustaz atau imam" yang
boleh menarik wang yang banyak. Berjuta-juta, katanya. Penulis hanya mampu
tersenyum kerana masih ada lagi manusia Melayu yang percaya benda-benda macam
itu. Alahai.. Melayuku!
Kalaulah
ada bomoh yang sedemikian itu, tidaklah Allah suruh kita berkerja bagai nak rak
seolah-olah akan hidup selama-lamanya! Allah memang ada menurunkan ayat memohon
rezeki, tetapi bukan menadah tangan sahaja sepanjang hari. Permohonan itu
bermaksud supaya mudah-mudahan Allah membantu kita memberikan idea dan memudahkan
cara dalam usaha baik yang akan dan sedang kita lakukan - wallahhuallam - InsyaAllah,
Amin.
Sehebat
manapun, bomoh seperti itu, penulis angkat topi kepada pasukan polis kita
kerana banyak kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya dapat
dipatahkan. Syabas! Lanyak pengamal-pengamal berkenaan sampai mampus. Bikin
susah anak negeri saja.
Jagindas: Masih simpan
minyak cenuwai, bulan naik dia penuh, bulan turun dia susut...hehehehe (nak dengar lagu, klik di
sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.