TAN SRI MUHYIDIN YASIN |
Berikutan Dakwaan DAP Berfakta
Dakwaan DAP bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sengaja memanipulasi matapelajaran Sains dan Matematik bagi memberi lebih
peluang pelajar lulus dalam peperiksaan awam sewajarnya diberi perhatian oleh
KPM dan menjelaskannya kepada rakyat - baca di sini.
DAP turut
mengemukakan beberapa bukti bagi mengukuhkan dakwaannya itu. Jika dakwaan itu
benar, KPM hendaklah menjelaskan kepada rakyat mengapa ia berbuat demikian
sekali gus Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (NEB) yang dilancarkan
baru-baru ini juga seharusnya diperjelaskan semula bagi mengelak sebarang
perkara terselindung.
Ini kerana,
tahap kualiti serta kebolehpercayaan penilaian pendidikan di negara ini hendaklah selari dengan
perkembangan zaman serta setaraf dengan negara maju lain. Di samping itu,
rakyat juga tidak mahu isu-isu dalam pendidikan dijadikan bahan rencah politik
sehingga boleh menjatuhkan maruah pendidikan negara di persada dunia
antarabangsa.
Sejajar
dengan itu, dakwaan DAP itu juga boleh membantutkan hasrat kerajaan untuk menjadikan
bidang pendidikan sebagai satu daripada sumber pelaburan ekonomi negara di
peringkat antara bangsa.
Kesediaan
kerajaan memberikan pelbagai kemudahan dan peruntukan serta pelbagai insentif
lain setara dengan sekolah-sekolah kebangsaan kepada sekolah jenis kebangsaan
cina dan tamil bukan gula-gula yang boleh menutup mulut mereka. Kerana, NGO-NGO
mereka tidak akan pernah merasa berpuas hati dengan apa yang kerajaan beri.
Sikap angkuh
dan sombong ini memang menjadi pendirian hidup mereka. Bahkan, setelah pelbagai
benda yang kerajaan berikan kepada mereka (yang sebahagian besarnya adalah juga
merupakan tuntutan mereka sebelum ini) pernahkah puak-puak ini menyatakan
"terima kasih" nya kepada kerajaan? Tiada. Yang ada, adalah mereka
terus meminta, meminta dan meminta di samping terus menyanggah dasar-dasar kerajaan
sedia ada.
Justeru,
sebagai dasar yang telah dibuat dengan teliti, tentunya kerajaan (KPM) telah
bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan pada masa sama juga tentulah sudah
mempunyai alasan-alasan serta jawapan-jawapan kukuh yang boleh menjawab segala
pertuduhan seperti itu. Jadi,
segerakanlah memberikan penjelasan bagi menghurai segala kebuntuan.
Jagindas: Jangan tenggelam dengan istilah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.