Khamis, 13 Disember 2012

LTH MESTI URUSKAN YANG WAJIB SAHAJA

Ismee Ismail

Tidak Perlu Layan Tunai Haji Kali Kedua

KELMARIN, penulis memberi komen terhadap Lembaga Tabung Haji (LTH) supaya hanya melayan pendaftaran haji kepada mereka yang buat pertama kali untuk menunaikan rukun kelima itu berikutan wajib haji itu hanya sekali seumur hidup.
            Gesaan ini juga merujuk kepada berjuta lagi yang masih mengharap serta kekangan kouta yang membenarkan jemaah haji ke tanah suci itu.
            Namun, semalam  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Ismee Ismail, menegaskan lembaga itu mengamalkan sistem pendaftaran terbuka kepada semua pendeposit namun mereka yang sudah menunaikan haji berkemungkinan akan dipilih semula setelah lima tahun melepasi haji pertama.
            Sepatutnya, LTH tidak menyediakan kelonggaran kali kedua setelah jemaah melepasi haji pertama. LTH sewajarnya menguruskan haji pertama sahaja. Sesiapa yang berhasrat menunaikan haji kali kedua mereka sewajarnya tidak menggunakan perkhidmatan LTH berteraskan wajib haji itu hanya sekali.
            Bermakna, dalam bab haji ini, LTH hanya membantu mereka yang buat pertama kali menunaikan rukun kelima itu iaitu berkaitan soal wajib sahaja.
            Pun begitu, kouta haji yang diurus oleh LTH seharusnya kekal atau meningkat setiap tahun kerana dibimbangi pula LTH menyalurkan kouta tersebut kepada pihak swasta. LTH sewajarnya lebih menjurus kepada ibadah wajib haji serta mengetepikan soal-soal perniagaan dalam ususan berkenaan.
            Sehubungan itu, penulis barangkali juga berjuta lagi di luar sana berharap supaya TLH lebih tegas terhadap isu ini dan mengetepikan soal-soal 'adik-abang' dalam pemilihan bakal-bakal haji.


Jagindas: Sebesar manapun status sunat ia tidak akan mengatasi status wajib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.