Makmal R&D... Gambar Hiasan |
Apabila Ketum Digazetkan Ke Akta Dadah
Berbahaya
BEBERAPA HARI Lepas penulis ada membuat
komen mengenai nasib "si daun ketum" yang mana pelbagai pihak mahu
ianya dikelasifikasikan sebagai bahan beracun dan diaktakan dalam akta dadah
berbahaya. cerita lalu klik
di sini
dan di
sini
Semalam
pula, di Dewan Negara, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Khalid Ahmad, meminta
Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri meminda akta penyalahgunaan
daun ketum daripada akta racun berbahaya kepada akta dadah berbahaya.
Barangkali,
isu ini smakin hangat dibahaskan apabila daun itu kini tela menjadi bahan
dagangan yang sekarang mula masuk ke pasaran antarabangasa. Negeri di sebelah
utara Malaysia nampaknya ligat menjalan aktiviti penjualan daun dan air rebusan
ketum yang dipercayai mendapat samutan luar biasa daripada penduduk di situ.
Penulis
masih ingat, mengikut cerita orang tua-tuan terdahulu, air rebusan daun ketum
memang menjadi sumber tenaga kepada mereka yang berkerja membanting tulang
suatu masa dahulu tetapi ia kini telah disalahgunakan apabila rebusan daun
berkenaan dicampur dengan "bahan-bahan kimia" lain kononnya bagi
menimbulkan rasa khayal yang luar biasa. Mereka berbuat demikian untuk
menjadikannya sebagai ganti dadah disamping ketika ini belanjanya juga agak
murah.
Dakwaan
santror Khalid mengatakan tiada bukti kukuh air rebusan itu memberi manfaat
kepada kesihatan atau sebagai ubat mengendurkan derita penyatkit kencing manis
dan darah tinggi sebagai tidak berasas, penulis rasa khalayak khususnya pihak
terbabit tidak boleh menerimanya secara melulu sebab belum ada kenyataan khusus
daripada pihak Kajian dan Pembangunan (RnD).
Sebab
itu, beberapa tulisan sebelum ini, penulis mencadangkan supaya pihak terbabit
segera membuat kajian sebelum ia digazetkan setara dengan dadah berbahaya.
Kerana, apabila sudah digazetkan adalah sukar untuk menariknya kembali malah
usaha menanam juga akan menjadi kesalahan besar.
Semasa
kecil dulu, penulis pernah diberitahu nenek bahawa sebelum merdeka setiap rumah
penduduk di kampung ketika memang ada sepokok dua ganja. Daunnya dikeringkan
dan disimpan seperti menyimpan teh. Ia digunakan untuk dibuat air dan diberi
kepada orang yang sakit atau yang baru lepas sakit teruk kerana ia bertindak
sebagai pembuka selera makan kepada pesakit terbabit.
Kata
nenek, apabila pesakit dapat makan dengan sempurna barulah senang untuk diberi
makan ubat-ubatan. Namun, ketika itu katanya tidak ada pula yang menggunakn
ganja untuk menghisap asapnya sehingga berdengung atau meminum airnya sehingga termuntah
monggek.
Akan
tetapi, oleh kerana ia kini sudah digazetkan sebagai akta dadah berbahaya, maka
secubit ganja pun akan boleh disabitkan kesalahan di sisi undang-undang di
bawah akta dadah berbahaya.
Justeru,
kerajaan khususnya pihak terbabit termasuk Kementerian Kesihatan, seharusnya
meneliti isu ini dari sudut positif termasuk kepentingan serta khasiat herba
kita sekali gus tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa.
Jagindas: Herba kita
- Kalau terkena luka kecil, ambil daun
malialam gesel-geselkan hingga lumat kepada luka tersebut, InsyaAllah, darah
terhentin dan lukapun sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.