Selasa, 11 Disember 2012

PENGANJUR TIPU PEMENANG

Babitkan Hadiah Benilai USD60,000

Datuk Hamidah Osman ketika merasmikan PIE2012 di hotel Impiana September lalu


DI SATU sudut Harian Metro hari ini (11 Dis/Utara/p.31), ada berita kecil mengenai tiga sahabat yang menjadi pemenang utama dalam satu pertandingan menerusi program 'Perak International Explorace 2012' ditipu oleh penganjur membabitkan hadiah bernilai US$60,000 atau RM183,333.  Salah seoran daripada mereka adalah johan pertandingan berkenaan iaitu Muna Hazwani Mohd Hashim, 26.
            Program antara bangsa membabitkan 10 negara itu berlangsung pada 14 September lalu dianjurkan oleh Zuwira Network Services Sdn. Bhd. Menurut berita itu mereka telah mencuba pelbagai cara dan saluran untuk mendapatkan ganjaran tersebut namun menemui jalan buntu.
            Penulis mencadangkan, jika benarlah ganjaran tersebut milik saudara bertiga dan pihak berkenaan 'bermain wayang' untuk menjelaskannya, maka buatlah laporan kepada pihak polis dan SPRM. Kalau saman menjadi, mungkin boleh dapat lebih daripada itu. Kos mahkamah biar syarikat berkenaan bayar.
            Memang sudah ramai orang Malaysia yang tidak boleh menerima pengajaran secara lemah lembut. Apa boleh buat, itu adalah pilihan mereka. Makanya, balun! Carilah peguam yang bagus-bagus dan bincanglah baik-baik.


Jagindas: Jangan lengah-lengah lagi nanti pejabat SPRM tutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.