Jangan Terpedaya Lagi...
TIDAK SALAH apabila Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng, menyifatkan janji yang lontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
kepada rakyat Pulau Pinang, baru-baru ini disifatkannya sebagai janji kembar
yang sekali gus mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu menunaikan
janjinya sebelum ini. sumber di
sini
Tetapi dakwaan Guan Eng itu adalah untuk BN era sebelum
Najib. Apa yang Najib katakan baru-baru ini adalah BN era beliau. Sebab itu
dalam perhimpunan agung Umno November lalu, beliau (Najib) turut melafazkan
mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyedari kerajaan BN
terdahulu telah banyak berbuat silap, alpa, lalai dan terlupa diri sedikit. Ini
perkara biasa tetapi perlu dihormati kerana mereka sudah sedar, mahu sedar dan
bersedia kembali kepada perjuangan asal.
Guang
Eng tidak boleh menyifatkan kegagalan kerajan terdahulu dengan mengkaitkan sebagai
kegagalan BN sepanjang hayat sehingga ke era Najib. Rakyat jelata kena ingat
serta faham mengapa peralihan kuasa dalam tampuk BN perlu dilakukan segera
kira-kita tiga tahun lalu. Semuanya disebabkan kesedaran dan keinsafan BN
terhadap kelalaiannya sebelum ini lebih-lebih lagi dalam era Pak Lah yang
diuar-uarkan sebagai kerajaan"bersih".
Umno
dan BN segera memahami kekhilafan ini, makanya Najib bertanggungjawab
membetulkan keadaan ibarat bertungkus lumus memaut layar bagi memastikan kapal
kembali kepada arus yang sewajarnya. Jelas, banyak sudah yang Najib perbetul
dan laksanakan. Nampak jelas juga kini kapal sedang belayar melalui trek yang
betul. Jadi, rakyat jelata hendak melupakan apa yang berlaku sebelum ini
(sebelum Najib). Bukan kezaliman pun, cuma sedikit kelalian!
Justeru,
dakwaan Guang Eng hanyalah untuk memusingkan kata-kata dan hasrat Najib kerana
memang sudah menjadi tabiat puak-puak ini suka mengelirukan pemikiran rakyat.
Kepada
rakyat Pulau Pinang, percaya dan yakinlah kepada kepimpinan baru BN ini dan
cukup-cukuplah anda tertipu dengan permainan lemah lembut Guan Eng serta
kuncu-kuncunya.
Orang-orang
yang masih kurang keyakinan terhadap kekuatan dan kejujuran BN masih mengatakan
empat negeri yang dipimpin pembangkang hari ini akan terus kekal selepas PRU13
nanti. Seolah-olah, mereka begitu gembira melihat rakyat khususnya orang Melayu
terhina di situ.
Lupakanlah
andaian-andaian sinis tersebut, kerana yang merasai dan mengalaminya adalah
saudara-saudara di situ. Dan, saudara jugalah yang menentukan undinya nanti.
Justeru,
janganlah berpaling lagi! Kembalilah kepada BN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.