Jamil Rayu Beri Peluang Yang Belum
"Kewajipan kita sebagai umat Islam
hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia
menjadi sunat, sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih
layak," - Datuk Jamil Khir, Menteri
Jabatan Perdana Menteri.
BARU sekarang tahu ke.. sama ada dari segi
hukum mahupun rekod? Jamil.., Jamil..Apakah Lembaga Tabung Haji (LTH) tidak ada
rekod terhadap mereka yang telah mengerjakan haji menerusi agensi itu? sumber berita di
sini.
Tidak
payah pergi jauh Datuk Jamil, pada musim haji yang baru lepas juga didapati
masih meluluskan ramai kalangan mereka yang sudah menunaikan haji menyebabkan
ramai kalangan yang belum pernah menunaikan rukun kelima itu berasa amat keciwa.
Yang mahu menunaikan kewajipan dipinggir manakala yang mahu bersunat-sunat
didahulukan.
Datuk
Jamil, yang wajib tetap wajib manakala yang sunat tetap sunat. Apa-apapun, yang
wajib hendaklah diberi keutamaan. LTH tidak perlu merayu-rayu kepada pendeposit
terhadap isu ini. LTH sendiri wajar dan berhak membuat keputusan tersebut tanpa
bertimbang-timbang kerana isunya adalah jelas dan terang.
Jangan
salahkan pemohon. Yang bermohon berharap kalau-kalau ada kosong. Maklum
sesetengah mereka memang banyak duit. Bak kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya
Ikhya Ulumiddin antara lain katanya suatu masa nanti akan ada orang menunaikan
haji itu bukan atas sebab wajibnya haji itu malah perginya mereka itu
disebabkan hartanya.
Jagindas: Ada seorang
kenalan kata dia hendak pergi haji kali kedua sebab merasakan haji yang pertama
dulu kurang elok pengerjaannya. Aduh! hukum mana dia pakai ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.