MARA Kata Dah Habis!
"RM50 Juta Bantu Peniaga Kecil, Penjaja"
SEBULAN LALU, itulah antara berita paling mengembirakan buat penjaja kecil yang mahu mengembangkan perniagaan mereka. Malah, bagi mereka yang sedang berusaha untuk memulakan dunia perniagaan juga turut menumpang lega dengan pengumuman tersebut.
Petang semalam, seorang pemuda telah pergi ke Pejabat MARA Daerah Perak Tengah bagi mendapatkan dokumen, borang dan apa-apa yang patut bagi membolehkannya memohon pinjaman tanpa faedah tersebut. Bukan banyak, dia hanya perlukan kira-kira RM4,500 untuk memulakan perniagaan makanan ringan.
Malang sekali, pegawai MARA di situ memberitahunya dana tersebut sudah habis dilanggan. Baru sebulan! Makna kata, RM50 juta sudah habis diagih di seluruh negara?
Apabila dia menceritakannya, penulis berasa agak keliru kerana apakah setiap pemohon yang mengisi borang terus sahaja mendapat kelulusan serta merta dengan sebanyak yang dipohonkannya. Kalau tidak silap penulis Datuk Seri Najib ketika mengumumkannya tidak pula mengatakan begitu prosedurnya. Kalau begitulah dasar dan teknikalnya, RM50 bilion kerajaan peruntukan pun rasanya memang tidak akan cukup.
Justeru, dalam kes ini penulis merasa agak sangsi sedikit apakah sebenarnya yang berlaku kepada dana RM50 juta itu? Ada sesiapa yang ada info tolong bagi tahu penulis.
Alangkan pinjam Along pun orang sanggup, inikan pula kalau pinjam tanpa cagaran dan tanpa faedah. Memang laju beb! Cuma nak pastikan betulkah yang dapat tu penjaja kecil atau penjaja baru, itu saja.
Namun kalau memang sudah begitu keadaannya serta sederas itu kepantasan proses meluluskannya, penulis minta maaflah dan kalau begitu memang malanglah si-pemuda tadi kerana dia terlewat seminit...Dan penulis terlupa betapa pantasnya teknologi media baru membantu membuat kerja.
Jagindas: Pat pat siku lipat...kamu lambat aku sebat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.