Sabtu, 8 Disember 2012

ADA YANG DAH TAK SABAR TUNGGU DUNIA HANCUR

TAUFAN

Dakwa Qiamat 23 - 25 Disember Ini!


MEMBACA  berita angin yang dipercayai disebarkan oleh beberapa blog dan media lain, kononnya dunia akan bergelap selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Disember ini   di sini ,  membuatkan penulis terkenang perbualan saya dengan anak bungsu yang berusia 11 tahun pada minggu lepas.
            Ketika itu penulis bersama anak balik setelah dia selesai belajar muzik. Kata anak itu, guru muziknya, yang beragama kristian, mengatakan dunia akan kiamat sebelum Krismas ini.
            Menurut anak itu lagi, cikgunya kata seluruh dunia sudah tahu. "Awak tidak rasa takutkah? Sudah fikirkah ke mana hendak lari?", tanya cikgu tersebut kepada anak penulis.
            Langsung, dalam kereta diperjalanan pulang itu, anak penulis mahu mendapatkan kebenaran kata-kata cikgunya itu. Agak tergamam juga penulis hendak menjelaskannya sebab usianya masih kecil untuk memahami apa yang penulis mahu terangkan nanti bab-bab kiamat ini.
            Lantas, sebagai bapa yang betanggungjawab terus terhadap hal ehwal agama Islam ahli keluarga, terus saya katakan: "Qiamat itu pasti berlaku. Allah telah tetapkan harinya adalah hari Jumaat dan waktu bermulanya peristiwa itu adalah selepas waktu asar tetapi tidaklah diketahui jam dan saatnya kerana itu menjadi Rahsia Allah. Namun, sebelum sampai ketika itu, Allah akan menunjukkan beberapa tanda bagi menyedarkan manusia seperti..... blah...blah....blah... termasuklah memberikan beberapa contoh terdekat hari ini seperti orang meninggalkan solat, anak durhaka kepada ibu bapa dan .....
            "Jadi, cikgu itu menipulah", soal anak itu kepada penulis. Penulis katakan kepadanya dia bukan menipu tetapi itu adalah kepercayaannya. Dan, kita tidak perlu percaya kepada kepercayaannya kerana orang Islam mempunyai panduannya sendiri.
            Lalu, penulis tanya balik kepada anak itu:"Daripada apa yang ayah cerita dengan cikgu itu percaya, yang mana satu kamu fikir betul?" Dan, dijawabnya: "Ayah betul".
            Alhamdulillah...!


Jagindas: Moral daripada cerita itu tadi, zaman ini kalau anak-anak kita belajar dengan orang bukan Islam, kita kena pantau dia. Kita kena selalu tanya apa-apa cerita lain selain yang diajar oleh gurunya. Mak bapak juga kena miliki ilmu yang kuat kalau-kalau anak-anak kita terhasut atau dihasut. Dan, kalau sudah berlebihan ajaknnya....kita adukan ke pihak berkuasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.