Ahad, 24 Februari 2013

BANYAKNYA DUIT UMNO !!

NIK AZIZ: Umno guna duit beri BR1M...

Nik Aziz Kata Umno Beri BR1M

SELEPAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat terlancut cakap menyamakan penerima sumbangan sebagai binatang, ramai yang melompat. Malah, berdasarkan laporan media, ramai juga pengikut Pas yang bertindak keluar Parti sebagai menyatakan rasa keciwa mereka terhadap penghinaan yang diberikan oleh seseorang yang mereka anggap bukan calang-calang Tok Guru.
            Memanglah, semua manusia lebih-lebih lagi yang terbabit dengan sentuhan Menteri Besar Kelantan itu berhak mempersoal dan marah kepada beliau.
            Apatah lagi orang UMNO. Orang Umno wajar maki semula Nik Aziz kerana Nik Aziz kata pelbagai sumbangan termasuk BR1M adalah pemberian Umno. Sedangkan Umno tidak terbabit dengan sumbangan itu kerana ia adalah sumbangan kerajaan.
             "UMNO sekarang guna duit pula, BR1M, BR1M2.0. Kalay kita...." [baca di sini]
            MCA, MIC, Gerakan dan yang lain-lain tak cemburu ke bila Nik Aziz kata Umno guna duit rakyat beri sumbangan kepada rakyat? Barangkali juga sekutu dalam BN diam sahaja kerana malas nak layan orang yang mereka anggap 'bodoh' dan buang masa.
            Kerana busuknya hati Nik Aziz terhadap orang Umno, maka apa saja yang baik-baik dibuat oleh kerajaan dikatakannya datang dari Umno. Sumbangan yang sedang rancak sekarang pun dikatakannya pemberian orang Umno. Padahal ia adalah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Nik Aziz tidak dapat bezakan mana satuUmno dan mana satu kerajaan BN.
            Demikianlah bila Allah menghendaki, satu persatu kekuatan kita diambilnya...
            Untuk pengetahuan Nik Aziz, Umno tidak ada pitih sebanyak itu (berbilion-bilion) dan Umno juga tidak hak untuk mempelbagaikan duit milik kerajaan. Berbeza dengan Pas,  pemerintah Pas boleh gunakan duit kerajaan Pas untuk apa saja.
            Tetapi tidak tahulah pulak kalau kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah adakah orang Pas, DAP dan PKR masing-masing boleh gunakan duit kerajaan untuk parti masing-masing?
            Barangkali juga silap orang Umno, sebab ada pegawai-pegawai Umno yang hantar surat BR1M dari rumah ke rumah kepada penerimanya berkata:"Saya nak sampaikan surat sumbangan Umno kepada saudara..."
            Itulah akibatnya jika tidak faham mengaku faham akhir jadi penyibuk. Bongkak macam merak menggigal. Kesannya, ia merosakan nama organisasi bahkan turut membabitkan pihak lain.


Jagindas: Kalau tak faham lebih diam! baca juga di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.