Sabtu, 23 Februari 2013

PERUNTUKAN MENCURAH-CURAH


Tetapi Masih Banyak Yang Marah-Marah...

KETIKA penulis sedang berborak-borak di warung kopi pagi tadi, datang beberapa kenalan duduk semeja lalu mencelah perbualan kami. Penulis dapati, beberapa perkara yang dibangkitkannya agak 'sensitif' juga dan pihak serta agensi terbabit wajar mengambil tindakan lebih-lebih lagi pilihanraya umum akan tiba hanya beberapa detik saja lagi. Dah dekat sangat dah!
             Banyak bantuan kerajaan berupa peralatan asas perniagaan kecil-kecilan seperti dapur warung, set niaga burger, kotak beku menyimpan bahan basah, mesin-mesin untuk industeri kecil-kecilan (IKS) dan beberapa alatan lain yang sedarjat dengannya tidak sampai kepada sasaran yang yang sewjarnya. Ibarat menembak, tembakannya tersasar!
               Difahamkan, bekalan-bekalan barangan tersebut ada yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah, ada yang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Umno (parti politik) dan banyak lagi agensi kerajaan yang terbabit.
            Ada pemohon yang layak dan benar-benar mengharapkan alatan itu untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga burger atau membuat makanan ringan seperti kerepek tidak diluluskan tetapi mereka yang menjadikan alatan itu sebagai barang 'perhiasan' pula yang dapat.
            Ada juga yang mendakwa, pihak pelaksana memilih bulu dalam mengagihkan barangan tersebut. Entahlah, betul atau tidak. Tapi, kalau dilihat dari segi mata kasar mengapa pula tidak betul jika begitu keadaannya?
            Ada juga kata, kalau pun ada peruntukan tertentu ramai penduduk yang tidak tahu atau tak dapat malumat, tahu-tahu peruntukan sudah selesai diagihkan. Konon dakwa mereka, hebahan hanya disampaikan secara dari mulut ke mulut 'untuk saudara mara' mereka sahaja. Misalnya dalam kes bantuan / subsidi bekalan cermin mata (kes rabun). Entahlah, ye ke  tidak.
            Namun, kata orang kalau tidak ada angin masakan pohon bergoyang! Cuma dalam musim pilihanraya ini kadang-kadang ada yang sengaja menggoncang pokok dari bawah. Ada pula yang melepaskan beruk kera untuk menggoyangkan dahan dan pokok.
            Lagi parah, ada juga yang mendakwa sehinggakan pemberian wang zakat fitrah pun ada yang dibuat secara 'pilih bulu'. Ini kira kes berat!
            Dengan mengambil contoh di atas, bagi penulis ini bukan salah kerajaan. Inilah yang penulis pernah sebut sebelum ini, bahawa ada agensi kerajaan dan ejen politik yang tidak membantu kerajaan sebaliknya memberi ruang rakyat 'menembak' kerajaan. Akibatnya, banyak 'peluru' sedang disasarkan ke kertas undi dalam PRU13nanti.
            Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) hanya menunggu saat dan detiknya saja lagi. Sudah terlalu amat hampir. Kini adalah masa rakyat mengumpulkan rungutan awam terhadap agensi kerajaan, ejen pelaksana dan ejen-ejen politik.
            Mengapa tidak serik-serik? Mengapa, masih tidak insaf-insaf? Mangapa masih menganggap orang lain semua bodoh belaka cuma kamu sahaja yang pandai, yang celik dan cerdek? Mengapa?
             Yang terlepas sudahpun terlepas.....



Jagindas: Menyampah dan getik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.