Ahad, 24 Februari 2013

SAMY VELLU WAJAR AJAR ANAKNYA MENGHARGAI..

Vell Paari Ikut Rentak & Tempo Pembangkang


MEMBACA laporan media 'The Malaysian Insider' yang mendedahkan salah sorang orang kuat MIC, Vell Paari a/l Samy Velly, mendidihkan darah penulis.
Laporan tulisan oleh pengarangnya, Jahabar Sadiq pada 22/02/13 lalu mengkisahkan Vell Paari mendesak presiden MIC mengambil tindakan terhadap pendakwah bebas, Ridhuan Tee dan Pengerusi Perkasa Pusat, Datuk Ibrahim Ali kerana didakwanya kenyataan  dan tindakan kedua-dua tokoh itu menghina agama Hindu.
            Tulisan Ridhuan itu bertajuk "Kesabaran Umat Islam Ada Hadnya" di mana beliau mengulas pengharaman tayangan filem "Visharoopam" yang dikatakan ada unsur-unsur menghina agama Islam di sini (kerajaan kemudiannya 'menghalalkan' tayangan filem ini baru-baru ini)
              Beberapa media yang tidak bersetuju dan marahkan tulisan Ridhuan itu membalas dengan tajuk yang sama: Kesabaran Orang India Juga Ada Hadnya... baca di sini dan di sini
            Penulis percaya atas nama semangat agama hindu dan bangsa India amnya, Vell Paari 'terhasut' dengan tulisan itu lantas mendesak pengerusi MIC mengambil tindakan atau beliau akan menghasut pengundi India khususnya kalangan ahli MIC supaya tidak mengundi Barisan Nasioanal (BN) dalam PRU13 ini.
            Penulis melihat keceluparan Paari yang lebih condong kepada kelakuan biadap seolah-olah sudah tiada lagi jalan penyelesaian yang lebih sopan. Tiada lagi kesantunan baginya sedangkan kalau 'ya' sekalipun dakwaannya itu, perlu diingat bahawa pelakunya (Ridhuan dan Ibrahim) bukanlah dari kalangan dalam pemimpin BN. Mereka adalah sekadar penyokong kerajaan yang juga kesalahan atau kesilapan seperti itu (kalau boleh ditafsirkan begitu) biasa juga dilakukan oleh oleh orang-orang India.
            Ini bukan kali pertama Paari melahirkan kebiadapannya. Sebelum ini, beliau juga pernah menggertak kerajaan seperti yang penulis tulis di sini. Bayangkanlah saudara-saudara sekelian, itu baru sedikit bilangan mereka!
            Bagi penulis, jika Paari sanggup berkempen untuk menarik undi kaum india kepada pembangkang, mengapa tidak mendesak MIC keluar sahaja daripada BN? Lagi mudah dan lagi bebas kamu nak kata apapun hatta nak buat apapun! Lihat saja Karpal Singh - bebas dan terlepas menghentam rakan dan lawan.
            Paling tidak, sebagai anak jantan Datuk seri Samy Vellu dan sebagai orang kaya raya, pejuang dan pemelihara martabat kaum hindu, isytiharkan sahaja kamu keluar daripada parti MIC. Kalau jawapannya kamu sayangkan MIC, maka sebagai kerabat BN belajarlah bersopan santun sesama kompenan.
           
Jagindas:  Nasib baik orang Melayu Malaya masa itu amat bertimbang rasa, kalau tidak entah apalah nasib kamu..... [baca di sini]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.