Khamis, 4 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (3) - SAJAK A. SAMAD SAID

Datuk A Samad Said

Mari Kita Kukuhkan Perpaduan Kerana Di situ Ada Kekuatan

HIDUP BERSAMA - A. Samad Said

Kita sudah sampai di lereng indah,
di bawah pelangi,
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar lagi mendaki kerana puncak yang jauh.
Dalam gelora dan taufan,
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah lawan
inti tunggak dan menara kebahagiaan.

 NUKILAN: a. samad said (sasterawan negara)


Jagindas: Kalau rumah ini sudah tua, mari kita sama-sama gantikan tiang, rasuk, bumbung, dinding, lantai dan gelegarnya. Atau kita tambahkan tiang dan penampannya agar ia terus kukuh dan gah! Jangan sesekali dirobohkan kerana di lantai dapur inilah darah dan air tetuban ibu kita memecah sebelum melahirkan kita yang membesar hari ini.... Terlalu besar sejarah dan jasanya rumah ini.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.