Jumaat, 31 Mei 2013

7 BULAN AMBIL MASA UNTUK HARAMKAN UMNO..

Apa Kesudahannya DAP??
Muka sadin....macam bagus-bagus
KRISIS dalaman politik Umno pada tahun 1987 mengheret parti itu ke mahkamah. Akhirnya setelah kira-kita tujuh bulan parti itu bertarung di mahkamah maka ianya terpaksa menerima satu keputusan yang amat sukar ketika itu apabila mahkamah memutuskan parti itu diharamkan.
            Namun, atas kebijaksanaan pemimpin ketika itu yang masih meletakkan Umnolah satu-satunya wadah politik terbesar dan terkuat orang Melayu, makanya parti itu dapat didaftarkan semula dan beroperasi sehingga sekarang. Maklumat lanjut sejarah pengharamannya boleh di dapati di sini.
            Diam tak diam, krisis parti DAP sudah mencecah lima bulan. Namun, masih belum menampakkan sebarang petanda sama ada parti itu akan dibatalkan pendaftarnnya atau diharamkan seperti mana yang pernah dialami oleh Umno 25 tahun lalu.
            Malah, biarpun sedemikian masalah yang dihadapi oleh parti itu (DAP) tetapi apa yang dilihat ketika ini seolah-olah parti itu tidak menghadapi sebarang masalah dari segi peraturan dan undang-undang pertubuhan meski pelbagai kes telah didedah dan dilaporkan oleh ahlinya. Bak kata bahasa pasrnya pengurusan DAP buat muka sadin..
            Mereka nampaknya bertambah yakin dan terus menyakinkan penyokongnya akan perjuangan mereka untuk menguasai Malaysia. Pelbagai desakan dan cabaran yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan namun pegurusan tertinggi parti itu tetap memekakkan telinga dan membisu seribu bahasa. Permainan psikologi DAP ini nampak pelik bagi khalayak dan golongan yang keciwa dengan DAP tetapi tidak bagi pengurusan tertinggi DAP khususnya Lim anak beranak dan orang-orang kiri kanannya.
            Pendaftar pertubuhan (ROS) pun nampaknya begitu berhati-hati dalam mengendalikan kes ini walaupun pihak DAP dikatakan telah memanipulasi beberapa dokumen yang dikelurkan oleh ROS sebelum ini. Mengapa? Hanya ROS sahaja yang tahu. Barangkali, DS Najib pun kurang faham apatah lagi untuk mengambil tahu (campur tangan) kerana itu bukalah dasar dan hak Barisan Nasional (BN) untuk mencampuri urusan rumah tangga orang. Makna kata, BN menghormati badan-badan yang telah diberi kuasa untuk menjalankan tugas dan amanah mereka. Kita menghormati kedudukan ROS begitu juga kedudukan tertinggi kuasa-kuasa mahkamah di negara ini.
            Pun begitu, biasalah, setiap kali kebaikan dan kejujuran yang dipamerkan, akan ada satu pihak yang mengambil kesempatan daripada kemurnian itu bagi memelihara kepentingan masing-masing.
            Apa yang jelas sekarang, kerajaan-kerajaan negeri sudah pun terbentuk dan beroperasi tetapi kes DAP masih menjadi tanda tanya khalayak!



Jagindas: Harap kes ini tidak melalut melebih tujh bulan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.