Gambar Hiasan...persandingan |
DALAM
slot FAMILI ruang Sembang-Sembang, Utusan Malaysia Sabtu 01/06/13 memaparkan
satu kisah tragis kasih tak kesampaian apabila ke dua-dua teruna dan dara
akhirnya disahkan sebagai adik beradik setelah terpisah sekian lama bersama
dengan keluarga angkat masing-masing.
Cinta, kasih sayang yang disemai
selama ini hancur berkecai begitu sahaja akibat daripada kedua-dua adik beradik
itu tidak dikenalkan dari masa ke sama oleh kedua-dua keluarga angkat sehinggalah
mereka dewasa, bertemu dan bercinta.
Namun, Allah maha mengetahui lagi maha
mengasihani, pernikahan dua beradik itu terpelihara juga daripada berlangsung.
Cuba bayangkan apakah keadaannya jika mereka diberimaklum status adik beradik setelah
berkahwin dan memiliki beberapa anak! Allahhuakbar! Cerita lanjutnya di sini
Beberapa bulan lalu, penulis pernah
menulis kisah yang hampir sama dalam entri di blog ini disini. Bezanya, dalam tulisan itu penulis paparkan
kisah bapa yang berkahwin lebih daripada satu tetapi tidak mengisytiharkannya
kepada ahli keluarga terutama apabila ia juga memiliki anak bersama kesemua
isteri-isteri barunya itu.
Musim cuti sekolah yang biasanya disibukkan
dengan musim orang kenduri kahwin mengenangkan kembali penulis terhadap
cerita-cerita seperti itu apalagi setelah membaca ruangan 'sembang-sembang' di
akhbar berkenaan.
Pada khalayak, mungkin ada yang
beranggapan kes ini sebagai kes terpencil atau memandangnya sebagai 'ringan'
sahaja berikutan tidak ada ahli keluarga yang mengalami kes seumpama itu atau
keberlakuannya amat kecil.
Namun, sewajarnya kita tidak
berfikiran begitu kerana bab-bab yang menyentuh hukum agama dan institusi
keluarga tidak wajar dipandang ringan oleh semua pihak (Islam) malah tiada
istilah kes terpencil dalam hal-hal sedemikian.
Justeru, selain daripada
mengisytiharkan isteri-isteri serta anak-anak masing-masing, mereka yang
membesarkan anak angkat juga wajar mengambil tahu sedarah sedaging si anak yang
dibela agar kisah tragis seperti itu tidak berlaku pada masa akan datang. Ini
kerana tidak sesiapa pun dapat berjanji dengan umur masing-masing. Oleh itu,
sementera nyawa masih ada, perjelaskan semuanya agar siksanya tidak menghambat
kita hingga ke akhirat.
Seperti kes yang dipaparkan dalam
akhbar itu, pasangan adik beradik berkenaan amat bertuah kerana kedua-dua
keluarga angkat mereka masih hidup dan mereka adalah saksi sahih yang
mengesahkan segala-galanya tanpa ragu. Dan, kedua-dua pasangan adik beradik itu
juga dilaporkan tidak terlanjur sebelum ini. Alhamdulillah, meski pahit untuk
diterima.
Jagindas: Kita yang tidak kena
mengena ini juga seharusnya saling ingat mengingati kepada rakan-rakan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.