Saiful Apek adalah antara artis yang turut
dikaitkan dengan salah guna dadah
|
BARANGKALI
disebabkan dia seorang artis (terkenal?) maka dia tidak perlu rasa malu atau
sedikitpun rasa bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Tidak
kiralah sama ada pertuduhan itu ada kebenarannya ataupun tidak. Bukan pertama
kali, malh sudah berulang-kali pun! Lihatlah gaya penampilannya bila gambarnya
dirakam. Megah benar nampaknya.
Kementerian Penerangan, Perbadanan
Filem Nasional (finas), persatuan-persatuan seniman dan karyawan seni malah
mana-mana badan yang berkaitan dengan karyawan, seniman dan artis di negara ini
sewjarnya bertegas terhadap mana-mana artis yang terlibat dengan dadah bagi
menjaga imej dunia kesenian dan hiburan di negara ini bebas daripada gejala
dadah.
Sekali gus, kita sememangnya serius menolak
mereka yang sedemikian dijadikan ikon arena hiburan dan seni negara hatta
sehebat mana sekalipun mereka itu.
Jika aktiviti hiburan (seniman dan
artis) telah diterima sebagai sebuah kerjaya murni maka tindakan tegas daripada
semua pihak terbabit terhadap gejalan tersebut difikirkan amatlah perlu. Tiada
sebab mengkaitkan hukuman itu sebagai menutup periuk nasi mereka yang berkenaan.
Artis dan seniman juga tiada bezanya dengan umat yang lain dalam hal
penyalahgunaan dadah.
Dadah tetap dadah. Salah tetap
salah. Maruah tetap maruah. Tiada masalahnya jika tanpa pembabitkan mereka
makanya dunia seni dan huburan negara akan menjadi malap dan pudar.
Kita bukan sahaja perlukan artis
yang bermutu dari segi persembahan dan penonjolannya bahkan juga negara
perlukan seniman yang berkualiti dari segi penampilan, imej dan perangai!
Jagindas: Piiirahhhhh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.