Isnin, 10 Jun 2013

BANGLADESH WAJAR SAMAN PIHAK YANG MEMFITNAHNYA

GAMBAR HIASAN: Apa yang betul tetap betul, 
begitu juga yang salah tetap salah...
Maruah Negara Bukan Nilai Yang Boleh Dibayar

SEBAGAI negara yang merdeka dan bermaruah, Bangladesh sewajarnya menyaman pihak yang telah mengaitkan rakyatnya sebagai pengundi hantu dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) Malaysia baru-baru ini.
            Meski Bangladesh sebuah negara yang masih dalam era membangun, tetapi janganlah dengan kedudukannya itu sewenang-wenangnya orang luar mengambil kesempatan untuk mengkotak katik atau memanipulasi negara dan rakyatnya.
            Mengkaitkan rakyat negara itu sebagai pengundi hantu yang kononya dibawa oleh kenderaan khas dari Bangladesh ke Malaysia seolah-olah betapa mudahnya rakyat dan negara itu dibeli dan diperkunun untuk apa tujuan sekalipun oleh orang luar.
            Pemerintah negara Bangladesh sewajarnya mengambil perhatian serius terhadap fitnah itu dan tidak hanya sekadar menafikannya sahaja.
            Ini bukan soal miskin, papa atau kedana tetapi adalah maruah diri dan negaranya. Tuduhan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu sekali gus bertindak  memperbodohkan rakyat negara itu bahkan pemimpinnya  sekali, menganiaya dan menjadikan mereka berasa tidak tenteram serta boleh merobek hubungan dua hala antara Bangladesh - Malaysia.
            Dengan tindakan menyaman itu juga dijangka dapat mengajar semua pihak supaya menghormati kedaulatan negara lain dan tidak sewenang-wenangnya menjadikan mana-mana negara di dunia ini sebagai kambing hitam demi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.


Jagindas: Saman maruah sehingga berbilion-bilion £  nak tengok ada akai ke tak ada...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.