Ahad, 9 Jun 2013

NAJIB SERU SEMUA PIHAK URUS NEGARA DENGAN BAIK

DS Najib Razak
Jangan Guna Politik Untuk Kepentingan Diri

APABILA DS Najib meminta semua pihak mengurangkan cakap-cakap politk sebaliknya mahu rakyat memberikan tumpuan kepada menguruskan negara, seruan ini sewjarnya diberi perhatian oleh semua pemimpin termasuk pembangkang.
            Selain itu, penjawat-penjawat awam dan di sektor swasta juga wajar meneliti seruan itu supaya memberi tumpuan lebih kepada tugas dan tanggung jwab masing-masing. Sesungguhnya kecekapan dan keberkesanan kedua-dua sektor berkenaan amat diharapkan oleh rakyat malah, sebahagian besar imej kerajaan sebenarnya berada di persada kedua-dua sektor terbabit.
            Apa-apa tindakan yang perlu diambil hendaklah dibuat dengan kewajarannya tanpa di selaputi oleh sebab-sebab lain khususnya politik. Kita tidak mahu didedahkan dengan pelbagai janji dan amaran yang gah-gah namun pada praktikalnya ia amat menghampakan.
            Hakikat yang perlu dihayati oleh semua pihak adalah apabila sebuah kerajaan yang sah telah terbentuk, maka negara sewajarnya dikendalikan dan diurus oleh organisasi-organisasi kerajaan dan swasta mencakupi semua hal ekonomi, pendidikan, pebangunan, sosial dan budaya. Manakala hal-hal antarabangsa dan hubungan serantau pastinya akan diurus menerusi saluran politik yang matang dan berimbang.
            Perlembangaan, rukun negara, undang-undang, peraturan hendaklah dipatuhi oleh semua rakyat. Tidak ada yang terkecuali daripada setinggi-tinggi darjat dan kedudukan hinggalah ke serendah-rendah martabat. Daripada sekaya-kaya manusia hinggalah ke tahap papa kedana semuanya memakai undang-undang dan praturan yang sama. Tiada yang terkecuali. Berikan hak kepada yang berhak.
            Politik tidak sewajarnya menjadi 'penyelamat' bagi kes-kes tertentu sehingga ia dilihat boleh meleraikan kepercayaan awam terhadap sektor awam dan swasta.
            Asas politik itu adalah instrumen untuk mendapatkan kepercayaan majoriti rakyat bagi membentu kerajaan dan daripadanya kepimpinan dan pengurusan negara terbentuk.
            Justeru, setelah selesai PRU, semua rakyat hendaklah menghormati organisasi kerajaan dan swasta daripada semua aspek. Manakala, pengendali organisasi kerajaan pula tidaklah wajar menjadikan fahaman politik dalam apa juga tindakan dan keputusan yang dibuat.

Baca juga di sini yang pernah penulis huraikan sebelum ini:(sila klik pada tajuk-tajuk entri di bawah)




Jagindas: tak upaya nak komen dah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.