Khamis, 13 Jun 2013

HADKAN TEMPOH MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI PARTI

Pemuda PP Buat Usul Tidak Popular!

ADA pihak sudah mencadangkan supaya jawatan tertinggi dalam parti dihadkan untuk satu-satu tempoh (pendek) bertujuan bagi memberi lebih ruang kepada golongan muda untuk menerajui parti khususnya Umno.
            Cadangan berupa pertama kali seumpamanya yang terpacul daripada Pergerakan Pemuda (Umno) Pulau Pinang itu berpandangan bahawa dengan pengehadan itu, golongan orang lama tidak akan terlalu lama memegang jawatan manakala golongan muda pula tidak terlalu lama menanti ruang untuknya. Malah, silap-silap sampai masanya langsung melepas!
            Penulis rasa tidak perlu dipanjang lebarkan apa yang tersirat di sebalik usul yang dibuat oleh Pemuda Pulau Pinang itu. Barangkali ramai yang sudah lama terdetik di hati berkata sedemikian namun mungkin ia tidak terucap. Apa pun alasannya, tentulah tidak laintidak bkan demi mengukuhkan perpaduan Umno itu sendiri.
            Ketuanya, Shaik Hussein, seterusnya menyapahkan pandangannya itu untuk difikirkan oleh semua pihak dalam Umno dengan mengkaitkannya dengan pemilihan calon-calon pilihanraya (Umno) yang baru lalu.
            Penulis, angkat topi terhadap keterbukaan Pemuda Umno PP itu tetapi cuma ingin menambah tempoh yang dimaksudkan itu terkecuali kepada jawatan nombor satu dan dua (presiden dan timbalan presiden Umno) sahaja kecuali bila berlaku kekosongan. Secara sepintas lalu penulis ada menyentuh soal ini di sini
            Pun begitu, jika dipandang dari sudut masalah calon dalam pilihanraya, penulis pernah mencadangkan satu daripada cara untuk mengatasinya adalah seperti yang pernah penulis huraikan dalam artikael di blog ini di sini. (perhatian para ke 10 dan seterusnya dalam artikel itu)


Jagindas: Ada berani?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.