Apakah Dia Tidak Berilmu??
[ Ihsan daripada Blog Angin Perubahan (klik pada gambar utk lihat lebih jelas)] |
Lantaran itu, Zaini, secara peribadi tidak menyalahkan Melissa Gooi dan rakan fb-nya serta yang bersekongkol dengannya atas perbuatan durjana mereka itu hanya bersebabkan kononnya generasi baru tiada pengetahuan dan pemahaman ilmu-ilmu kenegeraan khususnya perlembagaan negara.
Zaini, seterusnya menyalahkan sistem
pendidikan negara lantas mahu asas perlembagaan negara di ajar sebermula di
peringkat sekolah lagi. Terus terang, saya marah dengan pendirian Zaini itu dan
mengganggap tulisannya tersasar! (baca ulasan saya di sini).
Dan, hari ini akhbar yang sama
mendedahkan seorang rakyat Malaysia dipercayai pelajar IPT di Pantai Timur pula
turut bertindak kurang ajar, biadap dan durhaka apabila dia melacurkan lagu
'Negaraku' seperti yang diterakan di klip gambar di atas.
Penulis percaya, tentunya sebelum
ini pemilik fb tersebut juga pernah mendapat pendidikan di sekolah rendah dan
menengah di negara ini sebelum dia ke melanjutkan pelajarannya di IPT.
Tentunya, dia juga pernah menerima pendidikan mata pelajaran Kajian Tempatan,
Sivik dan Sejarah ketika itu. Malah, dia juga mungkin biasa menghadiri
perhimpunan pagi di sekolahnya yang biasanya dimulakan dengan lagu Negaraku dan
juga barangkali ada melafazkan sumpah 'Rukun Negara' setiap kali sebelum
perhimpunan tersebut berakhir.
Adakah pemilik akaun fb ini diklaskan
sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tidak pernah mendapat
kefahaman terhadap kedaulatan negaranya seperti yang di dakwa Zaini? Malangnya
seorang ibu yang telah mengandungkan anak ini..
Bukankah itu degil dan busuk hati
namanya? Apa kata pihak berkuasa? Anda pula bagaimana?
Ggrrrrrrr...
Jagindas: Nak tergelak ada
akhbar tulis perkataan 'derhaka melampau'! Derhaka pun ada gred juga ke???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.