Sabtu, 13 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (19) - HADKAN TEMPOH KHIDMAT WAKIL RAKYAT

Lambang Kemegahan Negara

2 Penggal, Kecuali PM dan TPM

SEKEJAPPPP SAJA lagi.. akan berlansunglah pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Selepas saja selesai proses itu negara (atau tepatnya Barisan Nasional - BN) sekali lagi akan menyaksikan sama ada akan diluluskan untuk memperbaharui 'lesen' pemerintahannya atau dibatalkan terus. Jika 'terbatal', maka bernakna ia akan memberi laluan pula kepada 'pelesen' baru memerintah negara ini bagi penggal ke 13 (2013 - 2017). Sebagai penyokong kerajan BN, penulis bermohon ke hadrad Ilahi mudah-mudahan bencana itu tidak berlaku dan BN kekal memerintah Malaysia termasuk di semua negeri-negeri dalam jajahan takluknya, amin!
            Seperti lazimnya, setiap kali menghadapi musim pilihanraya banyak cerita dan peristiwa yang berlaku dalam parti-parti yang bertanding dan antara yang agak hangat menjadi igauan adalah tentang pemilihan calon-calon yang bertanding serta kawasan-kawasan yang akan mereka tandingi.
            Musim ini, PRU13 nampaknya mencatat lebih banyak cerita dan peristiwa lucu, suka, duka malah ada juga cerita ternganga dalam parti-parti yang bertanding. BN juga tidak terkecuali. Namun, BN diterajui orang-orang yang cerdik akal makanya segala-gala berjalan dengan lancar. Begheh tu..., InsyaAllah.
            Sejak zaman dunia masih gelap lagi, apa-apa yang berkait dengan kuasa seseorang pemimpin, sudah menjadi lumrah bahawa amatlah sukar bagi mereka untuk turun meninggalkan atau memindahkan kuasanya kepada yang lain hatta rakan tolan dan saudara mara sekalipun. Jadi tidak hairanlah, jika seseorang yang pernah menjadi wakil rakyat akan berkecil hati jika mereka tidak lagi dipilih oleh pucuk pimpinan untuk bertanding sekali lagi. Bohonglah kalau tidak ada langsung. Manusia beb!
            Tidak kira apa parti sekalipun hakikat ini pasti berlaku kalau tidak pun terang-terangan sedikit sebanyak pasti ada. Makanya, parti-parti yang bertanding kali ini memperkuatkan disiplin agar tidak berlaku pensabotajan ketika mengundi.
            Ini kerana, pengalaman lalu selain daripada sebab-sebab berkaitan dengan kepimpinan, balas dendam menggunakan medan sabotaj digunakan oleh mereka yang tidak puas hati atau keciwa yang kononnya untuk 'mengajar' pucuk pimpinan parti.
            Satu tindakan 'malang' kerana perbuatan mereka itu langsung tidak membaca secara naluri akan kesan dan impaknya secara global melainkan semata-mata demi untuk memuaskan hati perut sendiri. Pilihanraya ke 12 (2008) adalah satu contoh pelakuan sabotaj mensabotaj yang amat jelas dilakukan oleh orang BN sendiri sehingga hampir-hampir saja melumpuhkan sebuah kerajaan yang sememangnya sudah gah sejak sebelas penggal yang lalu. Hasilnya, PRU12 menyaksikan empat negeri telah terbabas juga akibat daripada perbuatan yang tidak berakal itu.

            Pun begitu formula mengehadkan tempoh penggal ini dikecualikan kepada penjawat jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Dalam kes ini kita tidak lah perlu sehingga terikut-ikut seratus peratus dengan formula dan amalan demokrasi format Amerika Syarikat di mana negera itu turut membabitkan pemimpin tertinggi mereka iaitu jawatan presidennya. Ini kerana, parlimen negara kita mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpembagaan yang disepadukan dengan sistem beraja berdaulat.
            Begitu juga, formula yang penulis cadangkan ini tidak sesuai atau tidak perlu langsung digunapakai bagi pemilihan kepimpinan di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat sesuatu parti. Sebagai contoh, jawatankuasa Umno, MCA dan lain-lainnya bagi peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat tidak tertakluk kepada formula ini yakni mematuhi amalan sedia ada.
            Walaupun demikian, bagi mengelak daripada ketandusan calon-calon wakil rakyat pada musim-musim berikutnya, pusat sepatutnya tidak tertumpu kepada mereka yang berada dalam kepimpinan di Bahagian sahaja seperti yang lazimnya dipraktikan sekarang.
            Sebaliknya, mereka juga boleh diambil daripada pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan (misalnya ketua cawangan atau naibnya). Apa yang penting, jika seseorang itu berkredibaliti dan memberi aset kepada parti pada keseluruhannya, maka dia juga sewajarnya boleh dipertimbang untuk menjadi calon mahu pun mengangkatnya sebagai Senator atau Ahli Dewan Negara. Mengapa tidak?
            Kalau dilihat secara halus, formula ini bukan sahaja mampu mengelak daripada berlakunya perebutan, tabiat berkecil hati dan sabotaj mensabotaj malah ia juga difikirkan mampu menggiatkan semangat berkerja untuk parti kepada semua kepimpinan di semua peringkat organisasi parti tersebut.
            Justeru, dengan peluasan skop serta peluang sebegini soal-soal ketandusan mendapatkan calon atau pemimpin pada masa akan datang barangkali tidak timbul sama sekali. Sekali gus dengan mempraktikan formula ini juga turut mampu menyemai kehebatan daya saing dan persaingan yang sihat serta mengurangkan risiko fitnah mempfitnah dan cabar mencabar sesama sendiri.
            Penulis percaya banyak masalah yang dihadapi atau yang membelenggu parti sebelum akan terungkai sekiranya formula pengehadan tempoh perkhidmatan seseorang wakil rakyat (kecuali berjawatan PM dan TPM) dipraktikan. Barangkali...


Jagindas: Tiba-tiba seorang rakan merungut: "macam tak ada muka lain nak jadi calon....ghhakkk tuih!"   ?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.