Kos Perkhawinan Che Ta & Zain Cecah RM1.21
juta
ANTARA tajuk akhbar melayu yang 'agak' menarik semalam adalah tentang kos
pembiayaan majlis perkahwinan artis Rozita Che Wan,39, dengan pasangan
terbarunya Zain Saidin, 29, dianggrakan menelan belanja kira-kira RM1.21 juta.
Dari jumlah itu, menurut
artis yang lebih dieknali sebagai Che Ta, RM900k merupakan sponsor manakala
sebelihnya adalah dikeluarkan oleh beliau sendiri.
Ada khalayak yang
bisik-bisik kata waktu Zain berusia 45 tahun nanti umur Che Ta sudah cecah 55
tahun. Bagi penulis apa masalahnya. Kalau pandai jaga badan, umur 55 tahun pun
nampak macam35 tahun luar dan dalam. Bahkan, ramai wanita yang belum lagi menopos
walaupun sudah seusia itu. Jelous la tu sebab tak dapat Che Ta, yaa...hehehe..
Demikian juga bagi kaum
lelaki. Jika pandai jaga sifat tubuh badan dan panjang umur, usia lelaki terbahagi
dua bersempadankan pusat. Dari pusat ke atas usia lelaki dikatakan ikut kad
pengenalannya manakala dari pusat ke bawah usia mereka tetap konstan 25 tahun
sampai bila-bila. Hehehe...itu, kalau pandai jagalah. Jika tak pandai jaga,
belum 40 tahun pun sudah melenyek macam batang keladi kna rebus! hehehe
Mak Saudara penulis ketika
berusia 40 tahun berkahwin dengan seorang teruna berusia 25 tahun ketika itu. Mereka
dikurnaikan seorang anak perempuan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Ketika saat tuanya dan sakit-sakit, masa itu suaminya masih gagah tetapi setia
menjaga kebajikan isterinya. Selepas isterinya mati, beberapa tahun selepas itu
barulah lelaki itu berkahwin sekali lagi dengan janda pilihannya. Hidup bahagia
beberapa tahun sebelum meninggal dunia kerana sakit tua.
Benarlah kata orang
tua-tua, jodoh pertemuan, sakit demam, mati hidup dan tanah kubur adalah
ketentuan tuhan. Manakala wang dan harta berjuta-juta pula bukanlah jaminan kebahagiaan
sesebuah rumah tangga..
Namun sebagai peringatan
kepada semua generasi Islam, hadis riwayat Ahmad AL-Hakim yang menyebut "Wanita yang
paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya", elok difahami
sedalam-dalamnya. Ini kerana kesimpuan daripada perkahwinan itu yang
paling penting adalah mendapatkan rahmat dan keberkatan daripada Allah.
"Murah", dalam ayat itu
adalah dalam konteks yang luas iaitu kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) memudahkan
segala urusan berkaitannya.
Manakala dalam surah
Al-Ahzab ayat 33, Allah memberi amaran bahawa: "Janganlah kamu
bertabarruj (menunjuk-nunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu". - Wallahhu'allam.
Jagindas: Selamat pengantin baru...Masa penulis kahwin
dulu penulis berbelanja 12,000,000 sahaja (12 juta rupiah indon hehehe).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.