Isnin, 2 Disember 2013

BILANGAN MELAYU DALAM PROFESIONAL MASIH KECIL

JUMLAH GOLONGAN PROFESIONAL IKUT NISBAH (:)
PROFESION
BUMIPUTERA
BUKAN BUMIPUTERA
AKAUNTAN
15.90
84.10
AKITEK
28.90
71.10
DOKTOR PERUBATAN
36.70
63.30
DENTIS
34.80
65.20
DOKTOR VETERINA
42.60
57.40
JURUTERA (SEMUA)
26.50
73.50
JURUTERA SIVIL
47.80
52.20
PEGUAM
31.30
68.70

Apa Peranan Sekolah Berasrama Penuh?

Dalam sistem pendidikan kebangsaan di negara ini,  kerajaan telah menyediakan banyak sekolah berasrama penuh termasuk sekolah yang berteraskan pendidikan Agama Islam. Antaranya, Sekolah-Sekolah Menengah Sains, Maktab-Maktab Sains Mara, dan Sekolah-Sekolah Menengah Aliran Agama yang ditempat di seluruh negara dimana boleh dikatakan hampir setiap negeri memilikinya. Tidak terkecuali juga sekolah-sekolah berasrama penuh yang diurus di bawah kerajaan negeri sendiri.
         Dan, boleh dikatakan kesemua sekolah-sekolah tersebut dihuni oleh pelajar-pelajar melayu/bumiputera yang secara dasarnya pelajar-pelajar terbabit dipilih berpandukan kecemerlangan akademik mereka diperingkat Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
            Kesitimewaan ini hanya diperuntukan untuk kaum melayu/bumipuetra. Meskipun beberapa tahun lalu dasar itu telah dirombak dengan memebenarkan 10% bukan bumi menyertainya, namun dikatakan hasrat itu kurang mendapat sambutan. Kaum-kaum lain tidak memiliki jenis sekolah yang seperti itu kecualilah sekolah-sekolah menengah swasta.
            Dilihat kebelakang, dasar ini sebenarnya sudahpun wujud sejak zaman pemerintahan British lagi dan kemudiannya terus berkembang dalam pelbagai versi. Sekolah-sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Khurshiah (TKC) adalah antara yang pertama di negara ini.
            Kaum-kaum lain belajar dan menerima pendidikan yang sama di semua sekolah menengah biasa di seluruh negara. Tiada asrama manakala kemudahan pembelajarannya juga 'agak' terhad. Tidak seperti sekolah-sekolah berasrama penuh, penghuninya kerap dikaitkan sebagai 'anak emas' kerajaan khususnya kementerian pelajaran.
            Persoalannya, mengapakah penyertaan kaum melayu/bumiputera dalam bidang-bidang profesional masih gagal menyamai nisbah dengan kaum-kaum lain kalau pun tidak mampu mengatasinya?
            Justeru, kerajaan sewajarnya menyemak semula dasar kewujudan, peranan, fungsi dan halatuju semua jenis sekolah-sekolah berasrama penuh di negara ini berikutan kegagalannya menempatkan melayu/bumiputera ke daam golongan profesional dengan jumlah yang setimpal dengan perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan bagi mewujud dan memeriahkan sekolah-sekolah tersebut.
           

 Jagindas: Sekolah atap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.