Zainuri...rendahkan protokol |
Itupun Kadang-Kadang Wakil Saja Yang
Hadir
MEMANG banyak ucapan yang menarik semasa berlangsungnya perhimpunan agung
umno ke 67 (mulai 2 hingga 7 Disember, 2013). Demikianlah kalau sudah matang. Perempuan
dulu-dulu, berkahwin semuda usia 13 dan 14 tahun bahkan ada yang berkahwin
seusia 12 tahun. Itu dulu.. Tetapi beranak pinak bercucu cicit mereka. Kalau
tidak dek semuda itu, tidaklah kita secepat ini membiaknya, bukan kah?
Ketika itu mereka masih
mentah dan akal pun memang cetek. Namun, pengalaman yang dilaluinya secara
praktis membuatkan mereka segera matang dan mampu menguruskan rumah tangga
hanya dalam beberapa tahun sahaja selepas berkahwin. Lebih-lebih lagi setelah
mendapat anak. Di samping itu, peranan orang tua-tua terdahulunya amat membantu
menjadikan mereka sedemikian itu. Barangkali, demikian jugalah dengan tahap
kematangan ahli umno hari ini..
Apapun saya tertarik dengan
ucapan Ketua Pemuda Umno Selangor, saudara Zainuri, yang mengingatkan semua
pemimpin umno di segenap lapisan agar 'merendahkan' protokol ketika menemui
rakyta jelata (baca di sini).
Saya sokong amat gesaan
beliau itu. Seorang guru besar (bekas) pernah menceritakan kepada saya tentang seorang
wakil rakyat yangberhasrat untuk menyumbang beberapa buah buku ntuk
perpustakaan di sekolahnya ketika itu. Entah dari yb itu dapat buku-buku
tersebut tidak tahulah. Beliau (guru besar) amat berterima kasih dan
mempersilakan wakil rakyat itu datang ke sekolahnya pada bila-bila masa dengan
maksud, kalau dia tak ada, guru-guru lain pun ada seperti penolong kanan dan
guru perpustakaan.
Malangnya, wakil rakyat
itu tidak mahu cara begitu. Beliau mahu disediakan satu majlis siap dengan
jemputan ibu bapa, makan minum dan persembahan murid. Dengan kata lain, disediakan
satu hari khas untuk dia berserta rombongannya dengan mengorbakan satu hari masa
pembelajaran. Ibu bapa juga terpaksa tidak payah ke ladang, kebun dan ke tasik
menangkap ikan. Tambah malang lagi, wakil rakyat itu tidak mahu majlis dibuat
pada hari Sabtu atau Ahad kerana katanya dia amat sibok.
Huh, punya besarnya kepala
wakil raykat! Hanya untuk menyerahkan beberapa buah buku. Namun, guru besar
terbabit 'agak cekap' sedikit kepalanya dengan memberitahu wakil rakyat itu
yang lebih kurang begini bunyinya:
"Maaf
yb, saya tak boleh luangan masa sehari hari
persekolahan
khas untuk sambut yb. Kalau yb tak
mahu
datang disebabkan itu, yb boleh kirimkan sahaja
ke
sekolah ini menerusi wakil yb atau saya sendiri
datang
ke pejabat yb untuk mengambil/menerimanya.
Macam
mana?"
Wakil rakyat itu tidak memberikan
sebarang kata putus, sehinggalah guru besar tersebut bersara. Khbaranya buku
tersebut tidak kesampaian ke sekolah berkenaan. Semuanya, gara-gara mesti ada
majlis jika mahu yb beri sumbangan.
Padahal, kalau dia beri
tentulah guru besar itu akan bercerita dalam mesyuarat AJK Pibg, dalam mesyuarat
agung tahunan Pibg dan di majlis-majlis rasmi sekolah seperti hari sukan, hari
ucapan dan penghargaan yang biasanya diadakan pada hujung tahun persekolahan
dan sebagainya.
Begitulah yang selalunya
kita lihat. Kalau orang-orang besar nak masuk kampung mesti ada majlis atau
program. Semuanya nak jadi merak kayangan. Ada sesetengah tu, ketua-ketua
agensi-agensi jabatan juga sudah menjangkiti macam perangai yb.
Tidak seperti
pemimpin-pemimpin kaum cina. Kalau berhimpun pun, sudahlah meja tak ada seperah,
jamuannya pun hanya kacang goreng 'Ngan Yin" dan air teh kotak sahaja.
TETAPI.., semua hasrat dan hajat tercapai!
Sikap gah-gah tak tentu
arah dalam kalangan orang umno ini masih tebal. Macam yang pernah saya ceritakan sebelum ini, ada orang
umno yang tak sanggup nak makan nasi bungkus bersama-sama rakyat kerana
mendakwa pihak tuan rumah tidak wajar menyambutnya sedemikian. Kalau sekolah
kecil... apalah sangat dana yang ada untuk memerak-merakkan tuan-tuan...
Mampu dan tahukah
tuan-tuan untuk berubah dan mengubah? hehehe
Jagindas:
Hebat kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.