Indonesia perkenalkan tong gas mini pek
3kg bagi membantu rakyat kurang mampu..
|
Bantu Rakyat Mudah Berbelanja
DALAM sehari dua lepas kecoh sedikit di sebuah negeri kononya berlaku
kekurang bekalan gas memasak. Rentetan daripada itu, berlakulah kenaikan harga
bahanapi itu dimana kononnya pembekal mengenakan pelbagai caj yang tidak
munasah. Sehingga, ada sesetengah kawasan satu tong gas memasak 15kg boleh
mencecah RM39.00 Bahkan, caj RM10 juga
dikenakan jika pengguna menukar tong dari jenama lain. Wauu!!!
Pihak terbabit sudah menjelaskan
kepada rakyat mengapa keadaan kekurangan bekalan secara tiba-tiba itu berlaku.
Namun, seperti biasa di negara ini memang ramai yang suka menangguk di air
keruh tanpa memikirkan masalah orang lain. Memang begitulah dasar kapitalis
yang telah meresap ke dalam kepala hotak peniaga-peniaga di negara ini
lebih-lebih lagi pemborong dan pembekal.
Sebentar tadi, menerusi
berita di tv3 menteri berkenaan memberikan amaran kepada mereka yang sengaja
menaikkan harga barangan keperluan tanpa lampu hijau daripada pihak kerajaan.
Apakah amaran itu dihiraukan atau sebaliknya ditertawakan?.., Entahlah. ..
Kenapa? Belum pun suria
2014 menjelma, beberapa barangan tertentu didakwa sudah naik lebih awal.
Tinjauan terhadap beberapa pemilik-pemilik restauran, rata-rata mereka mendakwa
banyak barangan asas masakan sudah mula naik. Sehubugan itu mereka juga merasa
serba salah untuk meletakkan harga makanan kepada pelanggan mulai tahun depan.
Misalnya, jika sekarang sekeping roti canai kosong harganya 80 sen, apakah
tahun hadapan (2014) mampu dijual dengan harga itu juga. Begitu juga dengan
lauk pauk dan pelbagai jenis minuman.
Dakwaannya itu selaras
dengan dakwaan beberapa peniaga kedai runcit yang ditemui di mana mereka juga
merungut kerana bagi pendapat mereka ada barangan yang sepatutnya tidak wajar
naik tetapi nampaknya dinaikkan harganya juga. Malah, beberapa barangan lain
juga dikatakan sedang menunggu giliran untuk dinaikkan harganya. Barangkali..
menunggu detik jam 12.01 tengah malam, 01 Januari, 2014 nanti. Sama-samalah
kita saksikan serta rasai nanti.
Ada yang mendakwa,
walaupun negara kita semakin maju tetapi kemajuan itu tidak selari dengan
pendapatan majoriti rakyatnya. Sudah ada tanda-tanda jurang pemisah antara
golongan kaya dengan tidak berada akan berlaku paling tidak bermula tahun
2015 jika keadaan hari ini tidak
dikawal.
Justeru, menurut mereka,
kerajaan harus memperkenalkan beberapa barangan keperluan asas dalam pek mini.
Misalnya, tong gas mini untuk bahanapi memasak. Begitu juga dengan
barangan-barangan lain seperti gula, beras dan sebagainya.
Rasionalnya adalah dengan
cari ini rakyat diberi pilihan untuk memiliki barangan kperluan itu mengikut
kemampuan semasa selaras dengan nilai mata wang dan jumlah pendapatan mereka
khususnya rakyat marhaen.
Pek-pek mini seperti susu
pekat, ubat gigi dan pelbagai barangan dapur banyak terdapat sekitar tahun 60an
dan awal 70an. Kemajuan negara yang barangkali berdarakan pendapatan perkapita
penduduk menyebabkan kemudahan seperti itu sudah lenyap.
Namun, rasanya jika harga
barangan asas tidak selari dengan pendapatan majoriti penduduk, walaupun negara
bergelar negara maju tetapi apalah gunanya jika majoriti rakyat marhaen
tersiksa nak makan dan membesarkan anak.
Kita bercakap merapatkan
jurang kemiskinan namun itulah nampaknya yang sedang berlaku iaitu jurang
antara kaya dan miskin semakin menampakkan ketara.
Walluhau'allam...
Jagindas: Dah letih naik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.