TOLONG BETULKAN FATIHAH ULAMAK PAS, ITU YANG AMAT PENTING!
"Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang
tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar
daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah.
Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum
(Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum
muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah
berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba
dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan
secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap
semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah
pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya
seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk
kita tidak memikirkan maslahat ummah." [Nasharudin
Mat Isa - klik di sini]
Jagindas
Kata: Mengikuti arahtuju politik
Nasharudin ini, saya teringat Datuk Ahmad Nakhaei (dan beberapa yang lain). Semoga ramai lagi ahli PAS
yang diberikan ALLAH taufik sepertinya demi untuk kebaikan ummah dan menjaga
martabat Islam sebagai agama suci dan agama rasmi di negara ini. Syabas,
saudara Nasharudin. Soal masuk UMNO atau tidak bukan masalahnya. Yang penting
adalah perjuangan yang berhala tuju, jelas dan tegas. Jadilah pembangkang,
tidak mengapa. Tetapi pembangkang yang berakal budi, berilmu dan berjati diri!
Jagindas: Tuhan akan
memberikan taufik dan hidayah serta rahmatnya kepada sesiapa sahaja yang dia
kehendaki. Dan, Nasharudin adalah antara yang Allah perkenankan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.